Utama Android Honor Jadi antara pertama menggunakan telefon pintar terbaharu HONOR di Jelajah Fotografi HONOR...

Jadi antara pertama menggunakan telefon pintar terbaharu HONOR di Jelajah Fotografi HONOR Magic Moments

182
0

KUALA LUMPUR, 19 JUN 2023 – Pertandingan fotografi mudah alih peringkat global Anugerah HONOR Magic Moments 2023 kembali untuk tahun ketiga dan sedang melangsungkan jelajah eksklusif di Malaysia. Bakal berlangsung di Ipoh, Perak dan Johor Bahru, acara tersebut bertujuan menyediakan platform pertukaran untuk pertandingan fotografi mudah alih pada skala global. Pada masa sama, acara ini memberikan pengguna peluang untuk mencuba telefon terbaharu HONOR sebelum pelancaran rasminya di negara ini.

Jelajah eksklusif ini turut menawarkan peluang kepada peserta menjadi antara yang terawal merasai pengalaman fotografi telefon pintar Flagship terbaharu HONOR dengan menguji kehebatan prestasi kamera peranti tersebut.

Sepanjang jelajah, peserta akan dibimbing jurugambar profesional yang turut berkongsi pengalaman dan panduan berharga tentang teknik fotografi mudah alih. Dari menangkap gambar landskap hingga potret, peserta berpeluang menonjolkan kreativiti mereka dan merakam detik-detik magis dengan teknologi kamera tercanggih HONOR. 

Jelajah Fotografi Mudah Alih HONOR Magic Moments – Ipoh dan Johor Bahru

Jelajah ini akan bermula pada 1 Julai di Ipoh dan diikuti 8 Julai di Johor Bahru. Peserta pasti merasai pengalaman pengembaraan fotografi manis yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Di Ipoh, peserta bebas merakam bangunan bersejarah, seterusnya Legoland di Johor Bahru. Mereka boleh menangkap gambar apa-apa sahaja objek atau pemandangan menarik. Untuk menyertai jelahah tersebut, peserta boleh mendaftar secara dalam talian. Tempat adalah terhad, daftar segera hari ini!

Pautan pendaftaran: https://forms.gle/mBdazvBUuhumRKdx5 

Jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk menyertai Jelajah Fotografi Mudah Alih HONOR Magic Moments dan saksikan kecanggihan telefon pintar terbaharu HONOR yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Sertai kami dengan merakam keindahan bandar Ipoh dan Johor Bahru melalui inovasi lensa dan kreativiti. Percayalah, ini merupakan saat-saat magis yang tidak boleh dilepaskan.

Butiran lanjut berkaitan HONOR Magic Moments Malaysia boleh layari laman sesawang rasmi HONOR: https://www.hihonor.com/my/magic-moments-awards/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.