Korea Utara sememangnya diketahui mengenakan sekatan ‘kaw-kaw’ terhadap akses internet untuk digunakan oleh rakyatnya. Oleh itu, tidak menghairankan apabila sekatan yang sama turut dikenakan terhadap warga negaranya yang tinggal bekerja di luar negara. Sungguhpun mempunyai nama ‘demokratik’ dalam nama rasminya Republik Demokratik Rakyat Korea, atau dalam bahasa Korea ianya disebut Choson Minjujuui Inmin Konghwaguk (조선민주주의인민공화국), sejak penubuhannya tidak pernah pula negara ini menganjurkan pilihanraya pelbagai parti.
Namun, terdapat juga sesetengah laman web yang dapat diakses oleh pengguna internet di luar Korea Utara. Itupun pernah dilaporkan sekadar 28 laman sahaja yang dapat diakses. Kebanyakan kandungannya mengandungi hal-hal seperti propaganda selain info-info berkenaan kementerian-kementeriannya dan juga pelancongan. Tidak ketinggalan, maklumat seperti resipi dan filem negara berkenaan turut disertakan.
Maklumat-maklumat senarai-senarai laman web Korea Utara ini telah diketemukan oleh seorang jurutera dari Amerika Syarikat dan beliau telah berkongsikan senarai berkenaan di GitHub pada September tahun lalu.
Sebelum ini, tidak banyak yang diketahui berkenaan rupa bentuk keseluruhan laman web negara berkenaan serta laman-laman yang menggunaan domain rasminya, .kp. Menruut satu kenyataan di dalam GitHub, ia berlaku apabila Korea Utara secara tidak sengaja membuka pelayan yang menyimpan maklumat berkenaan nama-nama domain. Secara tidak langsung, menjadikan sesiapa yang tahu cara untuk mencarinya memperoleh data-data berkenaan.
On Sept 19, 2016 at approximately 10:00PM (PST), one of North Korea’s top level nameservers was accidentally configured to allow global DNS zone transfers. This allows anyone who performs an AXFR (zone transfer) request to the country’s ns2.kptc.kp nameserver can get a copy of the nation’s top level DNS data. This was detected by the TL;DR Project – an effort to attempt zone transfers against all top level domain (TLD) nameservers every two hours and keep a running Github repo with the resulting data. This data gives us a better picture of North Korea’s domains and top level DNS.
Walaupun ada sesetengah laman-laman berkenaan tidak dapat lagi diakses, namun terdapat pengguna internet di Reddit telah berjaya merakamkan skrin yang memaparkan laman-laman berkenaan. Antaranya;
Laman seperti ‘Facebook’ versi Korea Utara
Laman web berkaitan pelancongan
Laman web rasmi Festival Filem Pyongyang
Pun begitu, negara yang meletakkan perkataan ‘Demokratik’ pada nama rasminya ini masih lagi mempunyai rahsia-rahsia yang ramai pengguna di negara lain tidak ketahui. Antaranya intranet Korea Utara – sebuah sistem tertutup dan ‘penuh misteri’ untuk kegunaan warganya. Sistem rangkaian ini tidak bersambungan dengan internet dan ia menjadi sebahagian dari cara menapis maklumat untuk disampaikan kepada rakyatnya.
Korea Utara turut arahkan rakyatnya di luar negara untuk tidak mengakses internet
Perkembangan terkini dari insiden pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di KLIA2 pada 13 Februari yang lalu telah menyebabkan arahan larangan berkenaan dikeluarkan. Mana-mana rakyat Korea Utara telah diharamkan oleh pihak kerajaan mereka dari mengakses ke Internet melalui telefon pintar, menurut laporan yang disampaikan oleh Radio Free Asia.
Tambah laporan itu lagi, tindakan seperti memanggil pulang berserta hukuman akan dikenakan terhadap mana-mana rakyat yang melanggar perintah berkenaan dan kita semua sedia maklum di Korea Utara tembak-menembak merupakan satu aktiviti rutin.
Imej cover diperoleh dari ABC News

















tak sanggup nak tinggal kat negara mcm tu.terlalu byk sekatan.
sekatan supaya tak terpengaruh dgn unsur-unsur luar..kalau x, nanti rakyat hilang kepercayaan kt pemimpin dia