Home Android Huawei Huawei Nova 7 SE 5G akan hadir ke Malaysia dengan harga RM1,499

Huawei Nova 7 SE 5G akan hadir ke Malaysia dengan harga RM1,499

43
0

Huawei baru-baru ini telah mendedahkan harga bagi telefon pintar 5G terbarunya, Nova 7 SE untuk pasaran Malaysia. Selain pengumuman tersebut, putik telinga nirwayar tulen (true wireless earbuds, TWE) FreeBuds 3i turut akan dilancarkan bersama-sama telefon pintar 5G berkenaan.

Pada harga RM1,499, Nova 7 SE 5G yang bakal hadir pada 19 Jun ini merupakan telefon pintar 5G yang paling mampu milik. Bagi meraikan pelancarannya, pembeli terawal bakal menerima sebuah penjejak kecergasan Huawei Band 4 dan pelapik kerangka Nova 7 SE 5G.

Selain itu, pembeli juga menerima akses ke perkhidmatan penstriman Huawei Video, langganan selama 6 bulan untuk Huawei Book. Tidak ketinggalan, pembeli juga menerima storan Huawei Cloud sebanyak 15GB untuk setahun, dan mata ganjaran Member Center Rewards bernilai sehingga RM1,000.

Pembeli terawal juga berpeluang untuk memenangi sebuah Proton X70, skuter elektrik menerusi cabutan bertuah Huawei AppGallery Carnival jika pembelian dibuat di antara 19 hingga 30 Jun 2020.

Putik telinga nirwayar FreeBuds 3i, menawarkan fungsi pembatalan hingar aktif dan boleh diperoleh dengan harga RM399 pada 19 Jun ini. Pembelian FreeBuds 3i turut didatangkan bersama-sama bekas perlindungannya selagi stok masih ada. Cabutan bertuah Huawei AppGalley Carnival turut ditawarkan bagi pembelian yang dibuat sebelum 30 Jun 2020.

Maklumat lanjut mengenai Nova 7 SE 5G dan FreeBuds 3i boleh didapati menerusi laman rasmi Huawei Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.