Utama Tablet Huawei Huawei MatePad 12 X kini di Malaysia pada harga RM2,999

Huawei MatePad 12 X kini di Malaysia pada harga RM2,999

41
0

Huawei telah melancarkan tablet baharunya ke pasaran Malaysia, MatePad 12 X yang lebih mampu milik berbanding MatePad Pro 12.2 baru-baru ini. Model kali ini lebih menumpukan pada ciri yang lebih mampu milik dengan menggunakan panel LCD berbanding OLED.

MatePad 12 X menampilkan paparan LCD PaperMatte 12-inci beresolusi 2800 x 1840 dengan kadar penyegaran semula 144Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits. Di dalamnya ia menggunakan pemprosesan Kirin T90A yang bergandingan dengan RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. Dari segi ketersambungannya, ia menyokong Wi-Fi 5, dan Bluetooth 5.2 dengan untuk perisiannya pula ia didatangkan dengan HarmonyOS 4.2.

Untuk fotografinya pula, tablet ini dilengkapkan dengan dwi-kamera yang terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera ultra-lebar 8MP, serta sebuah kamera 8MP pada sebelah hadapannya. Kapasiti baterinya pula sama dengan model Pro pada 10,100mAh, namun untuk kelajuan pengecasannya pula lebih perlahan pada 66W.

Tiada sokongan pengimbas cap jari disediakan pada tablet yang turut menampilkan enam pembesar suara dan sistem penyejukan graphite.

Huawei MatePad 12 X didatangkan dengan pilihan warna putih dan hijau pada harga RM2,999. Anda boleh membuat pra-tempahan bermula dari 19 hingga 29 November 2024 dan berpeluang untuk menerima sepasang earbuds nirwayar, M Pencil, papan kekunci magnetik pintar, tetikus, beg galas, dan polisi perlindungan skrin selama 1 tahun. Pembelian boleh dibuat menerusi kedai dalam talian rasmi Huawei, Shopee dan Lazada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.