Utama Automotif HONOR Melancarkan HONOR Magic V2 RSR Premium

HONOR Melancarkan HONOR Magic V2 RSR Premium

95
0

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2024 – Jenama teknologi global HONOR dan jenama gaya hidup Porsche Design melancarkan HONOR Magic V2 RSR yang eksklusif di Shenzhen, China, hari ini. Edisi istimewa HONOR Magic V2 ini ditawarkan pada harga CNY15,999 (16GB RAM+1TB ROM) dan buat masa ini hanya dijual di pasaran China.

HONOR Magic V2 RSR adalah kolaborasi bersama Porsche Design bagi menawarkan pelanggan pengalaman pengguna mewah dalam dunia elektronik. Usaha ini menandakan kerjasama kedua Porsche Design dengan sebuah jenama telefon pintar. Keuda-dua HONOR dan Porsche Design telah menunjukkan komitmen masing-masing mencipta produk inovatif yang menggabungkan rekaan bentuk hebat dan fungsian terbaik menerusi teknologi tercanggih. 

Kolaborasi HONOR dan Porsche Design – Perintis Cemerlang Dalam Peranti Pintar Mewah Moden

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, George Zhao berkata, pihaknya berbesar hati menjalin hubungan kerjasama dengan Porsche Design bagi meneroka gabungan reka bentuk hebat dan prestasi cemerlang menggunakan pendekatan keterbukaan dan inovatif. “Matlamatnya adalah untuk membawakan teknologi terbaik dalam kategori peranti pintar premium,” katanya.

Pengerusi Lembaga Eksekutif Kumpulan Porsche Lifestyle, Stefan Buescher berkata, kerjasama tersebut sebagai penanda aras penting dalam mengembangkan portfolio produk elektronik ikonik jenama itu. “Kami menemui rakan kongsi jenama terbaik untuk memacu inovasi serta menawarkan produk baru menarik yang menggabungkan reka bentuk hebat dan prestasi cemerlang kepada pelanggan. Kami berkongsi matlamat sama untuk menjadi peneraju dalam segmen mewah moden peranti pintar,” katanya.

Sejak menjadi syarikat bebas pada 2021, HONOR menumpu terhadap pasaran sederhana hingga mewah dan mencapai kejayaan cemerlang dalam tempoh dua tahun. Pada suku ketiga 2023, HONOR menduduki tempat pertama di pasaran saham telefon pintar China, lapor IDC.

Di skala pasaran global, HONOR telah mencapai pertumbuhan lebih 100%. Sementara di Malaysia, tiga peranti HONOR tersenarai dalam 10 telefon paling banyak dicari di internet. Salah satu peranti tersebut adalah HONORX9b yang berada di tempat kedua selepas Apple. 

Kenapa Harus Beli HONOR Magic V2?

Menjelang pelancaran rasmi HONOR Magic V2 di Malaysia pada Selasa depan, berikut beberapa sebab untuk mempertimbangkan membeli telefon boleh lipat generasi baharu HONOR ini.

Mudah Alih, Sangat Nipis dan Ringan

HONOR Magic V2 sangat nipis dengan ketebalan hanya 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm apabila dibuka, sementara beratnya cuma 213g sahaja. Reka bentuk inovasi yang kompak ini tidak memberi rasa berat dan tebal. Ini menjadikan HONOR Magic V2 mudah disimpan di dalam bag selain senang diselitkan ke dalam poket atau beg kantung.

Bateri Lebih Tahan Lama

Salah satu kebimbangan mengenai telefon boleh lipat adalah ketahanan bateri. HONOR Magic V2 telah menangani masalah ini dengan memuatkan bateri karbon silikon berkapasiti besar 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W.

Peranti ini sesuai bagi golongan profesional yang perlu menggunakan telefon pintar sepanjang masa atau mempunyai lebih tiga aplikasi yang sedang berjalan serentak. Dengan adanya HONOR Magic V2, pengguna tidak perlu bimbang terhadap masalah bateri cepat habis. 

Skrin Lebih Besar

Paparan besar 7.92 inci apabila dibuka menjadikan HONOR Magic V2 seperti gabungan tablet dan telefon pintar, memudahkan untuk membuat tugas di mana-mana selain pandangan yang lebih selesa. 

Pengguna pasti berpuas hati menonton video, bermain permainan mudah alih dan menikmati hiburan tanpa had. Bagi ahli perniagaan dan juga profesional, skrin besar ini memudahkan untuk membentangkan data dan visual kepada pelanggan.

Multitugas Terbaik

Bercakap tentang produktiviti, HONOR Magic V2 sangat membantu dalam situasi tertentu. Ciri multitetingkap peranti ini mampu membuka sehingga empat aplikasi sebelah menyebelah untuk melakukan pelbagai tugas, samada bermain permainan mudah alih, menstrim, bekerja ataupun melayari media sosial.

Selain itu, pembelian dalam talian juga lebih mudah. Pengguna boleh membandingkan harga di dua platform e-dagang pada masa yang sama. Ciri ini juga sangat berguna kepada golongan yang perlu melakukan banyak tugas dan ini pastinya meningkatkan produktiviti kerja.

Kukuh dan Tahan Lama

Antara kekhuatiran utama telefon boleh lipat adalah ketahanan. Bagi mengatasi kebimbangan ini, HONOR menggunakan aloi titanium untuk menghasilkan engsel HONOR Magic V2. Material ini lebih kuat berbanding keluli dan juga lebih ringan daripada aluminium, membolehkan engsel menahan lebih 400,000 lipatan atau 100 lipatan sehari, dengan jaminan jangka hayat sehingga 10 tahun. Rekaan engsel yang dipertingkatkan ini tiada jurang di antara skrin telefon apabila dilipat.

Untuk mengelakkan peranti menjadi panas disebabkan penggunaan terlalu lama, HONOR Magic V2 dilengkapi Sistem Penyejukan VC Bionik Ultra Nipis untuk ketahanan dan prestasi yang optimum.

Mengurangkan Ketegangan Mata 

Melihat skrin terlalu lama boleh menyebabkan mata menjadi letih. HONOR Magic V2 menangani isu ini dengan memperkenalkan Pemalapan PWM 3840Hz dengan Pemalapan Dinamik untuk mengurangkan ketegangan mata dan merangsang pergerakan otot siliari. Skrin peranti ini ditambah baik lagi dengan Paparan Malam Sirkadia yang membantu meningkatkan paras melatonin untuk kualiti tidur yang lebih baik. 

Semua ciri-ciri inovatif ini meletakkan HONOR Magic V2 sebagai pengubah keadaan dalam lanskap telefon pintar kerana mampu menyelesaikan masalah yang seringkali dihadapi pengguna telefon boleh lipat. Peranti Pilihan Terbaik Era Baru ini terbaik bagi generasi masa kini yang sentiasa berhubung dengan teknologi dan mahukan mobiliti tanpa had.

Tonton Strim Langsung Pelancaran HONOR Magic V2 

HONOR Magic V2 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Januari 2024. Saksikan strim langsung pelancaran di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada jam 8 malam.

Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 boleh didapati di https://bit.ly/HONORMagicV2PR

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.