Utama Aksesori Earbuds HONOR Lancar 5 Barisan Produk Semua Senario Baharu Berdasarkan HONOR ALPHA Plan

HONOR Lancar 5 Barisan Produk Semua Senario Baharu Berdasarkan HONOR ALPHA Plan

36
0

KUALA LUMPUR, 10 April 2025 — HONOR Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan pelan HONOR ALPHA Plan kepada pasaran Malaysia, seiring dengan pelancaran barisan produk Semua Senario serba baharu sebagai sebahagian daripada strategi peralihan yang menarik. Visi HONOR adalah untuk berkembang daripada jenama telefon pintar menjadi sebuah syarikat ekosistem global yang dipacu oleh AI, dipandu oleh hala tuju tiga peringkatnya.

Di fasa pertama, HONOR menumpukan pada pembangunan telefon pintar yang menghubungkan ekosistem AI dengan pengguna. Pada masa sama, HONOR bekerjasama rapat dengan rakan teknologi terkemuka seperti Qualcomm dan Google untuk melangkaui batasan teknologi. Langkah ini sedang dilaksanakan dengan ciri-ciri yang mula diperkenalkan pada HONOR Magic 7 Pro. 

Fasa kedua pula adalah ke arah memperluaskan AI melangkaui telefon pintar, merangkumi ekosistem peranti fizikal yang lebih luas seperti peranti boleh pakai, tablet, PC, dan kemungkinan, robot. Matlamat HONOR adalah untuk mewujudkan kolaborasi yang lancar dan kesambungan secara pintar merentasi setiap peranti. Akhir sekali, di fasa ketiga, HONOR melihat ke hadapan menuju era Kecerdasan Buatan Umum (AGI), di mana AI mengatasi kemampuan manusia. Ini tidak bermakna AI akan menggantikan manusia, kerana HONOR membayangkan masa depan di mana kecerdasan manusia dan berasaskan silikon wujud bersama, membuka potensi baharu dan bersama-sama mewujudkan tamadun yang lebih pintar.

Susulan pengumuman HONOR ALPHA Plan, jenama ini sedang meningkatkan usahanya untuk membuktikan bahawa ia bukan sekadar syarikat telefon pintar. Justeru, HONOR kini meluaskan ekosistemnya di Malaysia dengan lima produk baharu di bawah barisan Semua Senarionya iaitu HONOR Pad X9a versi LTE, HONOR Pad V9, HONOR MagicBook X14 2025, HONOR Watch 5 dengan tali kulit hijau baharu, dan HONOR Earbuds Open. Kini, HONOR merupakan satu-satunya jenama Android yang menawarkan ekosistem produk Semua Senario yang lengkap, menjadikannya lebih mudah untuk menjalani kehidupan yang pintar, kekal terhubung, dan banyak lagi, berbanding sebelum ini. Daripada hiburan dan produktiviti kepada kecergasan, kesihatan dan perjalanan, barisan peranti ini direka untuk menangani cabaran seharian dan meningkatkan setiap aspek gaya hidup anda.

HONOR Pad X9a – Tablet Terbaik untuk Hiburan 

Jika anda berhasrat meluangkan hujung minggu dengan menonton siri drama kegemaran, HONOR Pad X9a adalah ‘teman’ menonton tanpa henti terbaik sama ada anda berada di rumah atau dalam perjalanan. Skrin 2.5K 11.5 inci tablet ini menghasilkan visual yang jelas dan tajam, menjadikan setiap adegan lebih hidup, sekaligus menjadikannya paparan terbaik dalam kelasnya. Dengan ciri-ciri Keselesaan Mata seperti Skrin Pemalapan Dinamik, Teknologi Paparan Malam Sirkadia, dan pensijilan TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerdipan, anda boleh menonton selama beberapa jam tanpa rasa ketegangan pada mata.

Dengan keupayaan bateri 8300mAh yang hebat serta disokong HONOR SuperCharge 35W, HONOR Pad X9a direka untuk hiburan tanpa henti, menawarkan penstriman secara berterusan sehingga 11.7 jam di iQIYI. Tablet ini membolehkan anda terus menonton siri drama atau episod panjang tanpa perlu mengecas semula. Tidak hairanlah iQIYI, platform penstriman terkemuka di Asia, menobatkan HONOR Pad X9a sebagai Pilihan Utama untuk Pengalaman Drama Terbaik. Ditambah pula dengan empat pembesar suara sekeliling dan peningkatan kelantangan sebanyak 200%, anda akan menikmati setiap babak drama dengan bunyi imersif.

Selain itu, HONOR Pad X9a menggabungkan nilai dan kepelbagaian yang unggul. Dengan harga kurang daripada RM1,000, ia kini satu-satunya tablet dalam segmennya yang menawarkan papan kekunci Bluetooth dan pensel percuma, memberikan nilai yang tiada tandingan bagi mereka yang mencari tablet yang lengkap tanpa perlu berbelanja lebih. Pensel percuma ini didatangi dengan butang pemadam untuk pembetulan segera, sekaligus menawarkan pengalaman menulis dan melukis yang halus dan intuitif. Di samping itu, tablet ini mempunyai ciri penolakan tapak tangan global, menjamin keselesaan dalam menulis dan melukis untuk tujuan lakaran, pengambilan nota, dan kerja kreatif.

HONOR Pad V9 – Pejabat ‘Bergerak’ Baharu Anda

HONOR Pad V9 direka untuk mereka yang mementingkan kualiti, sama ada seorang profesional yang sentiasa bergerak atau seorang pelajar yang sibuk dengan tugasan dan kuliah. Dilengkapi dengan alat produktiviti yang dipertingkatkan oleh AI, ia membantu anda bekerja dengan lebih pintar. Untuk mencatat nota semasa bermesyuarat atau di dalam kelas, ciri Real-Time Voice-to-Text Conversion dan AI Smart Summary menjadikannya mudah untuk merakam dan meringkaskan perbincangan panjang atau artikel penyelidikan. Jika anda menjawab panggilan antarabangsa, ciri AI Meeting Translation membolehkan anda merentasi halangan bahasa dalam masa sebenar. Tablet ini juga dilengkapi dengan Formula Recognition dan Handwriting Beautification untuk nota yang kemas dan mudah dibaca, sesuai untuk penggemar matematik dan minda kreatif. Dengan ciri AI Voiceprint Noise Reduction, suara anda kekal jelas walaupun dalam persekitaran yang bising, memastikan komunikasi yang lancar setiap masa.

Sama ada anda sedang fokus pada projek besar atau meluangkan masa dengan kandungan kegemaran, HONOR Pad V9 membawakan pengalaman visual yang hebat dan selesa untuk mata anda. Paparan LCD 11.5 inci dengan resolusi 2.8K yang jelas dan kadar segar semula 144Hz, menjadikan setiap aktiviti dari membaca dokumen hingga menonton video menjadi lancar. 

Direka dengan menitikberatkan keselesaan pengguna, Paparan Keselesaan Mata HONOR merangkumi Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland (Penyelesaian Perkakasan), Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia, dan juga Paparan Keselesaan Nyahfokus AI, memastikan mata anda selesa walaupun dalam jangka masa belajar atau bekerja yang panjang. Dikuasakan oleh bateri 10,100mAh yang tahan lama, anda boleh menikmati penstriman dalam talian sehingga 13.5 jam, 7.2 jam bermain permainan, 16.7 jam melayari media sosial, atau mendengar muzik sehingga 40 jam.

Bagi meningkatkan lagi produktiviti, HONOR Pad V9 didatangkan bersama papan kekunci boleh tanggal bersama pad sentuhan berintegrasi yang memberikan pengalaman seperti menggunakan PC sebenar dalam bentuk yang nipis dan mudah alih. Sama ada menaip laporan, membalas e-mel, atau meneliti dokumen yang rumit, papan kekunci ini menawarkan kelancaran kerja yang sentiasa memenuhi tuntutan harian anda. Dengan sokongan respons dan ketepatan tinggi HONOR Magic Pencil 3, aktiviti mencatat nota, melukis idea, atau membuat catatan pada dokumen menjadi semudah menulis di atas kertas. 

Selain sebagai peranti, HONOR Pad V9 berfungsi dengan lancar dalam ekosistem HONOR melalui ciri seperti HONOR Connect, membolehkan pengguna menikmati keserasian antara peranti seperti tablet, telefon pintar, dan juga komputer riba HONOR mereka. Segalanya direka untuk menjadikan kehidupan digital pengguna lebih pintar, mudah, dan terhubung, daripada perkongsian fail hinggalah ke multitugas merentasi skrin.

HONOR MagicBook X14 2025 – Segalanya Yang Anda Perlukan

Bagi golongan profesional dan pelajar yang mengutamakan prestasi dan keselesaan, HONOR MagicBook X14 2025 memenuhi keperluan tersebut. Direka khusus untuk meningkatkan produktiviti, komputer riba yang nipis ini dilengkapi skrin 14 inci dengan nisbah aspek 16:10 dan resolusi 1920×1200 memberikan lebih banyak ruang menegak untuk dokumen, pembentangan, dan kajian ilmiah. 

Tidak kira sama ada anda menyiapkan kerja, menyunting kandungan, atau menikmati siri kegemaran, semuanya akan kelihatan jelas dan memukau. Bagi menjaga kesihatan mata semasa menghadap skrin dalam tempoh yang lama, paparan ini telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerdipan. 

HONOR MagicBokk X14 2025 menggunakan pemproses Intel Core H Generasi ke-13 yang berkuasa bagi menjamin kelancaran pelbagai aplikasi dan prestasi pantas untuk tugasan yang banyak. Bateri berkapasiti 42Wh membolehkan penggunaan yang berpanjangan sepanjang hari dan pengecas pantas 65W membolehkan HONOR MagicBook X14 sentiasa sedia untuk digunakan.

HONOR Watch 5 – Sejahtera dengan Kecergasan dan Kesihatan Lebih Pintar

Mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan kini lebih mudah dengan HONOR Watch 5. Peranti ini kini tersedia dengan tali kulit berwarna hijau baharu. Sama ada berjoging, menguruskan tekanan seharian atau sekadar memantau kesihatan, jam tangan pintar ini dibina untuk menyokong gaya hidup seharian sepanjang hari. Dengan bateri silikon-karbon 480mAh yang tahan lama, HONOR Watch 5 menawarkan sehingga 15 hari penggunaan dengan sekali cas, jadi anda boleh menggunakannya lebih lama tanpa perlu beberapa kali mengecas.

Menggunakan AccuTrack Positioning Technology HONOR yang canggih, ketepatan GPS peranti ini memastikan penjejakan laluan yang tepat, menjadikannya teman boleh dipercayai untuk semua jenis aktiviti kecergasan, sama ada berlari mengelilingi taman atau meneroka laluan baharu. Hanya dengan satu sentuhan, One-Click Health Scan mampu memberikan rumusan menyeluruh tentang kesihatan anda dengan memantau kadar denyutan jantung, tahap oksigen darah, kualiti tidur dan tahap tekanan dalam masa kurang dari seminit. Ia bagaikan memiliki jurulatih kesihatan peribadi di pergelangan tangan – pintar, mudah dan siap siaga.

HONOR Earbuds Open – Sentiasa Berhubungan Dengan Dunia

Jelajahi dunia dengan lebih pintar dan berhubung merentasi batasan bahasa dengan HONOR Earbuds Open, peranti pintar boleh pakai terkini HONOR yang direka khas untuk para pengembara dan pengguna harian. Lebih daripada sekadar fon putik biasa, peranti ini menggabungkan prestasi audio premium dengan kemampuan terjemahan yang berkuasa semasa mengembara, membantu anda mengatasi hambatan komunikasi di mana saja. Dilengkapi AI Live Translation, fon putik ini menyokong sehingga 15 bahasa, termasuk Bahasa Cina, Inggeris, Perancis, Sepanyol, Bahasa Malaysia, Jepun, Korea, dan Arab. 

HONOR Earbuds Open menawarkan tiga mod terjemahan mudah untuk pelbagai situasi. Dalam Shared Mode, setiap individu menggunakan satu fon putik untuk percakapan dua hala pada masa sebenar. Exclusive Mode pula memutarkan terjemahan melalui fon putik sementara pembesar suara telefon pintar HONOR mengendalikan maklum balas anda, sesuai untuk percakapan peribadi. Dengan Simultaneous Interpretation Mode, anda dapat mendengar terjemahan langsung melalui fon putik semasa pembentangan atau dalam sesebuah acara.

Ekosistem HONOR adalah melangkaui sempadan, termasuklah tentang keserasian peranti. Lebih daripada sekadar ekosistem MagicOS 9.0 HONOR, pengguna kini boleh menikmati kemudahan pemadanan dan fungsi yang lancar merentasi pelbagai jenis peranti. Jika anda menggunakan Android atau iOS, aplikasi HONOR AI Space hadir sebagai penyambung, memudahkan anda menghubungkan peranti HONOR kegemaran anda dengan peranti yang sudah anda miliki. Kelebihan fleksibiliti merentas platform ini bermakna anda tidak perlu memiliki semua produk HONOR untuk merasai kepintaran ekosistemnya. Daripada perkongsian fail pintar kepada kerjasama peranti, HONOR memastikan teknologi mereka berfungsi untuk keperluan anda, tanpa mengira jenis telefon yang anda gunakan.

Harga dan Ketersediaan

HONOR Pad X9a versi LTE akan mula dijual pada 25 April 2025 dengan ROM 16GB (termasuk 8GB HONOR RAM Turbo) dan RAM 256GB pada harga RM1,299. Versi WiFi kini sudah tersedia di seluruh negara pada RM999, harga terendah berbanding model sebelumnya. Ia didatangi ROM 16GB (termasuk 8GB HONOR RAM Turbo) dengan RAM 128GB. Kedua-dua versi ini hadir dalam warna kelabu Gray dan didatangkan dengan Papan Kekunci Bluetooth dan Pensel percuma bernilai RM589. Ini menjadikan HONOR Pad X9a satu-satunya tablet dalam segmennya dengan kombo yang tiada tandingan. Pembeli juga akan mendapat keahlian VIP iQIYI percuma selama 3 bulan.

HONOR Pad V9 akan tersedia di seluruh negara mulai 11 April 2025 pada harga RM1,999. Tablet ini didatangkan dengan ROM 24GB ROM yang besar dan RAM 256GB selain tersedia dalam warna White dan Gray. Pensel HONOR Magic Pencil 3 dan papan kekunci boleh tanggal HONOR dengan jumlah keseluruhan RM898 juga boleh didatangi secara percuma dengan pembelian HONOR Pad V9 ini.

HONOR MagicBook X14 2025 boleh dibeli mulai 11 April 2025 dan ditawarkan dalam warna Cloud Gray pada harga RM2,499. Komputer riba ini termasuk langganan setahun percuma Microsoft 365 Personal dan beg galas HONOR.

Bagi HONOR Watch 5 pula, model tali kulit berwarna hijau akan dijual pada harga RM649. Manakala tali silikon berwarna hitam Black dan emas Gold berharga RM599.

HONOR Earbuds Open kini boleh didapati pada harga RM699 dalam kemasan canggih Polar Gold dan Polar Black.

Tempat untuk beli:

  • HONOR Pad X9a (WiFi & LTE) dan HONOR Pad V9 – HONOR Stores di seluruh negara, laman web HONOR Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pengedar sah Senheng, Urban Republic dan Harvey Norman. 
  • HONOR MagicBook X14 2025 – HONOR Stores di seluruh negara, laman web HONOR Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
  • HONOR Watch 5 – HONOR Stores di seluruh negara (terkecuali model tali kulit berwarna hijau), laman web HONOR, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
  • HONOR Earbuds Open – HONOR Stores di seluruh negara, laman web HONOR Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.