Berikutan dari pengumuman rasmi siri Galaxy S10 sewaktu acara Samsung Unpacked 2019 di San Francisco baru-baru ini, Samsung Malaysia telah mendedahkan harga rasmi telefon pintar berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Ketiga-tiga model, iaitu – Galaxy S10 Plus, Galaxy S10, dan Galaxy S10e boleh didapati di dalam pasaran Malaysia. Berikut adalah harga bagi model-model siri telefon pintar Samsung Galaxy S10:

  • Galaxy S10e 128GB: RM 2699
  • Galaxy S10 128GB: RM 3299
  • Galaxy S10 Plus 128GB: RM 3699
  • Galaxy S10 Plus 512GB: RM 4599

Pra-tempahan untuk kesemua model telefon pintar berkenaan mula dibuka pada 22 Februari 2019 jam 10.00 pagi hingga 28 Februari 2019 selagi stok masih ada. Pembelian secara pra-tempahan juga menerima cenderahati seperti berikut:

  • Galaxy S10e: Galaxy Buds + Perlindungan skrin bernilai RM 639
  • Galaxy S10/S10 Plus 128GB: Galaxy Tab A 7.0 + Galaxy Buds + Perlindungan skrin bernilai RM 1289
  • Galaxy S10 Plus 512GB: Galaxy Watch 42mm + Perlindungan skrin bernilai RM 1479

Pembeli yang membuat pra-tempahan bakal menerima telefon pintar masing-masing bermula dari 6 Mac 2019. Layari laman web Samsung Malaysia untuk keterangan lanjut.

Tinggalkan komentar