Utama Mobile Android Google dijangka tetapkan tarikh pelancaran Android 11 pada 8 September

Google dijangka tetapkan tarikh pelancaran Android 11 pada 8 September

360
0

Android 11 setakat ini masih lagi belum ditawarkan secara komersial dan pengguna masih lagi ternanti-nantikan pelancaran versi terkini sistem operasi berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi video yang diterbitkan sebentar sebelum dipadamkan oleh Google baru-baru ini membayangkan tarikh rasmi pelancarannya.

Video yang diterbitkan berkenaan merupakan sebahagian dari Sidang Kemuncak Smart Home “Hey Google” dan memaparkan perkataan “September 8th Android 11 launch” di dalam salah satu slaid pembentangannya. Maklumat berkenaan sempat ditangkap layarnya oleh Android Police sebelum video berkenaan ditarik keluar.

Google telah menangguhkan acara Android 11 yang sepatutnya dilangsungkan pada awal bulan lepas berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda. Sehingga kini, Google masih lagi mengunci mulut mengenai tarikh rasmi pelancaran Android 11.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.