Samsung menawarkan empat pilihan warna yang menarik iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan Blue untuk Galaxy Z Flip 4. Selain dari empat warna tersebut, terdapat lebih banyak pilihan warna sehingga 75 kombinasi melalui Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition.

Bespoke pada kebiasaannya sinonim dengan peralatan kelengkapan rumah keluaran Samsung dengan ciri reka bentuk dan warna unik mengikut citarasa pengguna. Pun begitu, pilihan mengadunkan kombinasi warna berdasarkan selera pengguna ini belum pernah ditawarkan pada peranti lain seperti mana yang terdapat pada Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition ini.

Pada bahagian panel hadapan dan belakangnya, anda boleh memilih sama pilihan warna Yellow, White, Navy, Khaki, atau Red. Manakala kerangkanya pula, anda boleh memilih sama ada Silver, Gold atau Black.

Kesemuanya ini menjadikan 75 kombinasi warna yang anda boleh pilih. Tempoh penghantaran Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition pula mengambil masa sekitar tiga hingga empat minggu dan ini sedia maklum kerana faktor keunikan yang ditawarkan pada rekaannya.

Pensampel Galaxy Z Flip4 – Imej dari Samsung Malaysia

Anda juga boleh membuat pensampelan warna pilihan Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition anda menerusi pensampel yang Samsung Experience Stores atau wakil jualan berhampiran anda. Samsung kini menyediakan pensampel Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition di 61 buah lokasi di seluruh negara.

Pembelian menerusi Samsung eStore juga boleh dibuat dan anda boleh membuat penyesuaian anda sendiri secara dalam talian menerusi Galaxy Z Flip 4 Bespoke Studio.

Jika anda berkelapangan pada hujung minggu ini, kunjungi Roadshow Galaxy Flextival di Sunway Pyramid, dari 29 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 untuk melihat dengan lebih dekat Samsung Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition disamping memenangi pelbagai ganjaran hebat.

Galaxy Flextival 2022 Sunway Pyramid

Galaxy Flextival 2022 Sunway Pyramid Promo

Maklumat lanjut mengenai promosi terkini Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition, layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip4/buy/

Tinggalkan komentar