Imej pengolokan dan perincian Samsung Galaxy S25 Ultra telah pun muncul dengan memperlihatkan telefon pintar mercu berkenaan lebih nipis dan lebih ringan berbanding Galaxy S4 Ultra.
Menurut pentiris maklumat bersiri Ice Universe (@UniverseIce) di X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Galaxy S25 Ultra sedikit lebih nipis dari model sekarang ini pada ukuran ketebalan 8.2mm. Sebagai perbandingan, Galaxy S24 Ultra mempunyai ketebalan 8.6mm, menjadikan model baharu tersebut kelak 0.4mm lebih nipis. Malah, ia juga 1.4mm lebih kecil ukuran lebarnya berbanding S24 Ultra.
Galaxy S20 Ultra body size: 166.9 x 76.0 x 8.8 mm
Galaxy S21 Ultra body size: 165.1 x 75.6 x 8.9 mm
Galaxy S22 Ultra body size: 163.3 x 77.9 x 8.9 mm
Galaxy S23 Ultra body size: 163.4 x 78.1 x 8.9 mm
Galaxy S24 Ultra body size: 162.3 x 79.0 x 8.6 mm
Galaxy S25 Ultra body size:…— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) September 7, 2024
Selain iu, beratnya juga dijangka berlaku perubahan dengan hanya 219 gram sahaja, berbanding S24 Ultra kini yang mempunyai berat 233 gram. Makna kata, telefon pintar mercu keluaran Samsung ini kelak lebih nipis dan lebih ringan berbanding iPhone 16 Pro Max baharu.
Imej pengolokan S25 Ultra juga dikongsikan oleh @Onleaks dan Android Headlines dengan memperlihatkan Samsung akan mengekalkan paparan rata pada skrinnya. Ia juga akan mempunyai bingkai yang lebih nipis berbanding S24 Ultra dengan bucu membulatnya kini dikembalikan.
Untuk spesifikasi lain, Samsung dijangka akan menggunakan pemprosesan Qualcomm generasi baharu Snapdragon 8 GenX. Kameranya pula kemungkinan akan menggunakan sensor ISOCELL JN3 50MP untuk ultra lebar, 200MP H2 untuk kamera utama, IMX754 10MP untuk telefoto 3x dan IMX584 50MP untuk telefoto 5x.
Apa pun, masih terlalu awal untuk mengatakan dakwaan ini semua benar belaka memandangkan tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Samsung. Sehingga itu kita nantikan pengumuman rasmi Samsung berkenaan telefon pintar mercu keluarannya untuk tahun hadapan.