Kuala Lumpur, 8 September 2025 – Alternativa telah membuat penampilan rasmi di Colombia melalui sebuah panel khas di Bogotá Audiovisual Market (BAM), menandakan satu pencapaian penting menjelang Festival Filem Alternativa 2026 yang akan berlangsung di Colombia dengan memberi tumpuan kepada rantau Amerika Latin.
Diasaskan oleh syarikat teknologi global inDrive, Festival Filem Alternativa merupakan sebuah inisiatif tanpa keuntungan yang komited untuk memperkasakan suara dari industri filem yang sedang berkembang. Festival ini menyediakan platform antarabangsa bagi pembikin filem yang masih belum mendapat pengiktirafan luas, sekali gus memperkenalkan karya mereka kepada penonton di seluruh dunia
Sorotan utama acara ini ialah pengumuman rasmi Jawatankuasa Pemilihan 2026 festival, sebuah kumpulan kurator filem, pengatur program dan pakar impak yang pelbagai latar belakang dari Amerika Latin, Asia Tenggara, Asia Tengah dan rantau lain. Jawatankuasa ini akan memainkan peranan penting dalam membentuk Program Pertandingan dengan menyusun barisan karya yang mencerminkan pelbagai perspektif serta naratif global yang berpengaruh.
“Pada tahun 2026, Festival Filem Alternativa akan menjadi titik pertemuan bagi filem-filem berimpak dari Asia dan Amerika Latin. Kami berbangga menyambut ahli jawatankuasa baharu yang berpengetahuan mendalam dan bersemangat terhadap perfileman Amerika Latin – dari Colombia, Mexico, Argentina, Chile, Brazil, Cuba dan banyak lagi,” kata Natalia Pylaeva, Pengarah Program di Alternativa.
Bermula dengan kejayaan penganjuran di Kazakhstan (2023) dan Indonesia (2024) – di mana Malaysia berada dalam tiga negara teratas dari segi jumlah penyertaan – Alternativa terus menerima sambutan kukuh dari Asia. Pada tahun 2024 sahaja, festival ini menerima lebih 1,000 penyertaan dari 33 negara, dengan 14 karya Asia berjaya menempatkan diri dalam 25 senarai akhir.
“Alternativa adalah salah satu festival filem yang paling teratur yang pernah saya sertai. Sentiasa mengujakan untuk mengetahui fokus seterusnya bagi Alternativa. Saya berharap dapat belajar dengan rendah hati tentang seni filem dan sosiopolitik di Amerika Latin, serta mungkin perjuangan sejagat yang boleh menginspirasikan dialog dan tindakan kolektif,” kata Yow Chong Lee, Pensyarah Filem di Universiti Malaysia Sarawak dan ahli Jawatankuasa Pemilihan dari Malaysia.
Jawatankuasa Pemilihan Festival Filem Alternativa 2026
FILEM CEREKA PANJANG
- Adrian Jonathan Pasaribu (Indonesia) – Pengasas Bersama, Cinema Poetica; Kurator, Jakarta Film Week; Penyelidik, ArtsEquator’s Southeast Asia Artistic Freedom RADAR
- Ashley Salman (Chile / USA) – Pengarah, Penulis, Jurukamera
- Yow Chong Lee (Malaysia) – Pensyarah Filem, Universiti Malaysia Sarawak; Calon PhD, Sunway University
- Farha Khatun (India) – Pembikin Filem, Penyunting
- Gulnara Abikeyeva (Kazakhstan) – Sarjana Filem, Pengkritik; Presiden, Kazakh Film Critics Association; Ahli Lembaga, NETPAC
- Hà Lệ Diễm (Vietnam) – Pengarah dan Artis Pemenang Anugerah
- Hossein Eidizadeh (Iran) – Pengkritik Filem, Penterjemah, Perunding Festival
- Ignacio Catoggio (Argentina) – Setiausaha Eksekutif, Ibero-American Cinema (CAACI)
- Javier Martín (Sepanyol / Perancis) – Perwakilan & Pemilih Amerika Latin, San Sebastian Film Festival
- Luis Felipe Raguá Miranda (Colombia) – Pengatur Program, Cinemateca de Bogotá & Lichter Filmfest
- Marcia Vaz (Brazil) – Pengurus Program, Instituto Moreira Salles
- Martin Horyna (Czechia) – Perunding Cerita, Kurator; Pengatur Program, Karlovy Vary IFF; Presiden, FIPRESCI Czech Section
- Rajan Kathet (Nepal) – Pembikin Filem; Alumni DocNomads & Berlinale Talents; Pemenang Anugerah Nativa
- Sharofat Arabova (Tajikistan) – Pembikin Filem, Sarjana, Penulis; Ahli Juri, Festival Asia & Eropah; Ahli NETPAC
Filem Pendek
- Jaime E. Manrique (Colombia) – Pengasas & Pengarah, Laboratorios Black Velvet; BOGOSHORTS
- Márcio Miranda Perez (Brazil) – Penyunting, Pembikin Filem
- Marbel Vanegas Jusayu (Colombia) – Pengarah, Penerbit
- Tania Delgado (Cuba) – Pengarah, Festival of New Latin American Cinema
- Xun Sero (Mexico) – Pembikin Dokumentari Tsotsil Maya
Pakar Impak
- Clare Weiskopf (Colombia) – Pembikin Filem, Wartawan; Pengasas Bersama, Casatarántula
- Kara Magsanoc-Alikpala (Filipina) – Penerbit Dokumentari & Impak; Ahli Juri Oscars & Ahli AMPAS; Presiden, Filipino Documentary Society
- Marcela Lizcano (Colombia) – Pembikin Filem, Strategis Impak; Pengasas, Viceversa Cine
- Rodrigo Antônio (Brazil) – Pengarah Latihan, Instituto Taturana
Penyertaan adalah percuma dan dibuka sehingga 10 Oktober 2025. Filem cereka panjang dari semua genre diterima dari Amerika Latin dan Asia, manakala filem pendek diterima secara eksklusif dari Amerika Latin. Maklumat lanjut mengenai festival termasuk bandar penganjur, tarikh, serta Juri Antarabangsa akan diumumkan tidak lama lagi.
Ikuti Alternativa di Instagram untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Festival Filem Alternativa 2026 dan projek-projek lain.













