Selepas meluluskan rang undang-undang menjadikan Bitcoin sah diperlakukan, El Salvador secara rasminya menjadi kriptowang berkenaan sebagai mata wang rasmi selain dari Dollar Amerika Syarikat.
Presiden El Salvador, Nayid Bukele telah memaklumkan mengenai perubahan tersebut menerusi sebuah hantaran di Twitter rasmi beliau. Terdahulu, beliau telah mengumumkan pembelian tambahan 200 Bitcoins sebagai simpanan negara.
Berikut pelaksanaan undang-undang baharu ini, lebih dari 1,000 orang penunjuk perasaan berarak ke ibu kota El Salvador bagi membantahnya. Orang ramai memprotes tindakan tersebut kerana ia tidak dapat dimanfaatkan oleh penjaja pupusa, pemandu bas dan peniaga kedai runcit.
Pelaksanaan undang-undang ini juga telah membenarkan sesetengah individu di El Salvador membayar cukai dalam bentuk Bitcoin. Ia juga kini boleh digunakan untuk tujuan urus niaga dan dagangan. Mata wang ini juga tidak akan dikenakan cukai apabila mendapat untung ketika penjualannya (Capital Gain Tax).
Bagi mempersiapkan pelaksanaannya, sebanyak 200 ATM Bitcoin telah disediakan bagi memudahkan orang ramai mengubahnya kepada Dollar A.S. dan mendapatkkannya dalam bentuk tunai.
Dalam pada masa yang sama juga, sebuah dompet digital juga telah dibangunkan dan ia dikenali sebagai Chivo yang bermaksud “cool”. Penggunaan dompet digital berkenaan telah dijanjikan akan menerima USD$30 (~RM124). Pelayan yang menguruskan pendaftaran pengguna baharu dompet digital berkenaan semalam juga tergendala kerana tidak mampu menampung bilangan pengunjung yang terlalu ramai.
Rangkaian francais popular seperti Starbucks dan McDonalds di El Salvador juga mengumumkan penerimaan Bitcoin untuk urusan pembayaran.
Dalam pada masa yang sama, nilai Bitcoin semalam telah turun dari USD$50,000 (~RM207,900) kepada USD$43,000 (~RM178,794). Kejatuhan ini telah disebabkan oleh ketidaktentuan dan isu teknikal pelaksanaannya. Bursa tukaran kripto seperti Coinbase dan Kraken juga dilaporkan mengalami peningkatan mendadak sehingga menimbulkan kesesakan.













