Digi telah memperkenalkan promosi Hari Gaji yang menyediakan lebih nilai untuk data khusus untuk pengguna prabayar dan pascabayar. Promosi ini bermula dari 24 hingga 27 Februari 2022.

Anda pengguna Digi boleh menebus ganjaran ini bermula dari hari ini melalui aplikasi MyDigi.

Promo Prabayar Digi

Bagi prabayar Digi, anda boleh mendapatkan data berkelajuan tinggi 5GB apabila membuat isian semula sekurang-kurangnya RM30 melalui aplikasi MyDigi, Touch ‘n Go eWallet, Boost, Shopee atau Lazada.

Menurut Digi, pas internet 5GB percuma ini akan diberikan dalam tempoh dua hari bekerja. Setiap pengguna hanya diberikan satu pas internet 5GB percuma dalam sehari sepanjang tempoh promosi berlangsung.

Promosi Pascabayar Digi

Promosi Hari Gaji khusus untuk pascabayar Digi pula memberikan anda membeli tambahan data berkelajuan tinggi 15GB pada harga RM15.

Pembelian boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi atau laman webnya. Bagaimanapun, data 15GB ini hanya sah digunakan dalam tempoh 7 hari sahaja.

Maklumat lanjut mengenai Hari Gaji Digi, layari https://www.digi.com.my/promotions-list/hgs2022-2

Tinggalkan komentar