Electronic Arts (EA) baru-baru ini telah melakukan tindakan luar jangkaan dengan menjadikan empat permainan lama Command & Conquer sebagai sumber terbuka. Kod-kod sumber permainan tersebut boleh digunakan secara bebas di bawah Lesen Awam Umum (General Public Licence, GPL).
Empat permainan yang dimaksudkan adalah:
- Command & Conquer
- Red Alert
- Renegade
- Generals
Menurut Polygon, EA tidak sekadar berkongsikan kod tersebut secara terbuka, malah turut berusaha mendapatkan dan memulihkan keempat-empat kod sumber permainan tersebut.
EA turut membawakan sokongan Steam Workshop untuk judul-judul Command & Conquer “yang lebih kontemporari”, lengkap dengan pek sokongan modding. Bagaimanapun, ia hanya untuk judul-judul yang menggunakan enjin SAGE seperti C&C Generals, C&C 3, dan C&C Red Alert 3.
Perkembangan ini amat menarik buat peminat siri permainan komputer yang popular sekitar hujung 90’an hingga era millenium ini walaupun tiada khabar berita mengenai kesinambungan baharu siri ini setakat ini.