Utama Telco City Broadband City Broadband tawarkan internet berkelajuan 1Gbps pada harga RM199

City Broadband tawarkan internet berkelajuan 1Gbps pada harga RM199

1475
0

TNB mengumumkan kejayaan projek rintis Pelan Kesalinghubungan Negara (NCP) di Jasin, Melaka apabila kini terdapat lapan penyedia perkhidmatan internet (ISP) berentap mendapatkan pelanggan-pelanggan baru di sekitar daerah berkenaan.

Salah sebuah ISP yang menyertai projek rintis tersebut adalah City Broadband yang dahulunya dikenali sebagai Setia Haruman Technology (SHTech) sebelum ianya diambil alih oleh TNB pada Disember 2017. Setakat ini, City Broadband menawarkan pakej langganan internet yang sama sebagaimana yang ditawarkan di Cyberjaya iaitu mencecah sehingga 1Gbps. Cuma untuk di Jasin ini, harga yang ditawarkan adalah separuh lebih murah.

Perbezaan harga yang amat ketara ini turut merangkumi pakej-pakej lain. Sebelum ini, City Broadband menawarkan pakej berkelajuan 1Gbps dengan harga RM399 pada Jun 2017 dan kini harga pakej tersebut ditawarkan pada kadar RM199 sebulan. Berikut adalah senarai pakej-pakej yang ditawarkan berdasarkan keterangan yang disediakan oleh laman web rasmi ISP berkenaan.

Buat masa ini, perkhidmatan yang ditawarkan oleh City Broadband hanya terhad di tiga kawasan ini sahaja – Cyberjaya, Bangsar Village, dan Jasin. Bagi pengguna kawasan lain yang berhajat untuk mendapatkannya anda mungkin perlu perbanyakkan berdoa agar ianya dipercepatkan untuk memasuki kawasan kediaman anda.

Perkhidmatan ini turut mewajibkan para pelanggannya untuk mengikat kontrak selama 24 bulan atau 12 bulan. Cuma, untuk kontrak 12 bulan, pelanggan terlebih dahulu dikehendaki membayar RM300 sebagai bayaran komitmen.

Sumber berita diperoleh dari City Broadband.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.