Utama Mobile Aplikasi CIMB melancarkan OctoSavers Account-i; Akaun Simpanan Islamik Digital Sepenuhnya yang pertama

CIMB melancarkan OctoSavers Account-i; Akaun Simpanan Islamik Digital Sepenuhnya yang pertama

857
0

CIMB telah melancarkan akaun simpanan Islamik digital penuh pertamanya yang dikenali sebagai OctoSavers Account-i. Pada masa yang sama, CIMB turut memperkenalkan kad debit untuk akaun berkenaan, CIMB Octo Debit MasterCard.

Menurut CIMB, OctoSavers diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan-pelanggan baharu membuka dan melakukan transaksi pada akaun tersebut secara dalam talian.

Proses ini dilakukan berdasarkan garis panduan electronic Know-Your-Customer (e-KYC) yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Pihak bank diwajibkan mematuhi tatacara pengurusan pengguna melalui urusan secara dalam talian mahupun melalui peranti mudah alih.

Bagi memastikan interaksi secara nirsentuh dapat dilakukan sepenuhnya, Octo Debit MasterCard akan diposkan kepada pengguna sebaik sahaja pendaftaran pembukaan akaun selesai dilakukan.

Kaedah pelaksanaan urusan secara digital sepenuhnya ini diharapkan dapat memelihara pengguna dari ancaman wabak pandemik COVID-19.

Pemegang akaun ini juga layak mengumpulkan mata ganjaran OctoPoins melalui OctoChallenge dan OctoMissions yang disediakan di dalam aplikasi mudah alih CIMB Clicks. Mata ganjaran ini boleh digunakan bagi menebus ganjaran seperti baucar di platform membeli-belah dalam talian seperti Grab, Shopee, dan Lazada. Selain itu, pemegang OctoSavers Account-i turut dikecuali yuran tahunan Octo Debit Mastercard.

Pada masa yang sama, pelanggan CIMB sedia ada yang memiliki akaun simpanan atau semasa yang beralamat di Malaysia boleh memohon menerusi laman web CIMB Clicks. Antara syarat lain yang ditetapkan bagi pembukaan akaun ini termasuklah warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Buka Akaun CIMB secara online

Para pelanggan baharu yang berminat untuk memohon pembukaan akaun tersebut boleh melakukannya menerusi aplikasi CIMB Apply.

Atau, anda juga boleh memohon pembukaan akaun CIMB melalui laman web CIMB Clicks seperti berikut.

Cara membuka Akaun Simpanan Asas-i melalui laman web CIMB Clicks

  • Melalui pautan ini, pilih jenis Akaun Simpanan Asas-i.
  • Pada halaman berikutnya, klik pada pautan ‘Mohon Sekarang’.
  • Selepas anda selesai membaca segala terma dan syarat yang dinyatakan bagi pembukaan akaun, klik pada ‘Start Application’.
  • Lengkapkan maklumat yang berkaitan dan tekan ‘Continue’.
  • Tidak berapa lama kemudian, anda akan diberikan sebuah kod OTP 6-digit melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan dan masukkannya ke paparan berkenaan.
  • Teruskan mengisi maklumat-maklumat peribadi anda yang berkaitan sehingga ke bahagian ‘Review Information’. Anda perlu membuat semakan semula sama ada maklumat yang diberikan adalah tepat, dan jika segalanya adalah tepat, klik pada ‘Accept and Continue’.
  • Selepas maklumat anda diterima dan diproses oleh sistem, skrin anda akan memaparkan ‘Application Received’ bersama-sama ‘Reference Number’ (Nombor Rujukan).
  • Seterusnya, anda dikehendaki mengunjungi laman web CIMB berhampiran anda dengan membawa kad pengenalan anda untuk disahkan dan pengambilan kad debit CIMB.

Maklumat lanjut mengenai CIMB OctoSavers Savings Account-i dan Octo Debit Mastercard, layari laman web rasmi CIMB.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.