Utama Telco Celcom CelcomDigi lancarkan CelcomDigi Online Shop baharu, Beri Tawaran Eksklusif Telefon Pintar dan...

CelcomDigi lancarkan CelcomDigi Online Shop baharu, Beri Tawaran Eksklusif Telefon Pintar dan Aksesori Terkini

427
0

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) pada hari ini telah mengumumkan pelancaran kedai dalam talian baharu. Direka khusus untuk pelanggan Celcom dan Digi sedia ada, anda boleh mengunjungi kedai dalam talian ini untuk menikmati penjimatan terkini untuk peranti dan aksesori terkini.

Antaranya, pelanggan Celcom dan Digi kini boleh menaik taraf peranti melalui diskaun eksklusif sehingga RM1,000 untuk peranti dan aksesori. Ia turut merangkumi pilihan Pelan Ansuran Mudah 0% dan penghantaran percuma terus ke rumah anda.

CelcomDigi Online Shop menawarkan pelbagai pilihan peranti mudah alih dari pelbagai jenama pengeluar seperti Apple, Samsung, dan HONOR tanpa kontrak. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy Z Fold3 5G pada harga RM5,699 dan pelbagai telefon pintar 5G lain pada harga serendah RM899.

Turut disediakan pelbagai pilihan aksesori bagi melengkapkan gaya hidup digital anda seperti Apple Watch dan AirPods Pro yang popular. Maklumat lanjut, kunjungi CelcomDigi Online Shop untuk menikmati tawaran dan penjimatan eksklusif.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.