Antara cabaran ibu bapa hari ini adalah melarang penggunaan peranti dan internet dikalangan anak-anak mereka. Namun begitu, buat masa ini ibu bapa masih lagi mempunyai peluang untuk mengawalnya. Salah satu cara mengawal penggunaan gajet dan internet anak-anak oleh ibu bapa adalah penggunaan perisian dan aplikasi tertentu.
Memperkenalkan KidSafe, aplikasi mudah alih untuk menapis dan memantau aktiviti internet anak-anak oleh Celcom. Aplikasi ini menampilkan fungsi-fungsi pemantauan yang membantu ibu bapa dalam mengawasi sebarang aktiviti anak-anak, antaranya;
- Tapisan (Filtering) – Menghalang akses ke laman web, aplikasi, video dan permainan berbentuk pornografi
- Pemantauan (Monitoring) – Membolehkan ibu bapa menjejak aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh anak-anak pada telefon pintar dan laman-laman web yang telah dikunjungi
- Kawalan jauh (Remote Control) – Membenarkan ibu bapa untuk mematikan telefon pintar dari jauh agar anak-anak tidak menggunakan peranti berkenaan terlalu lama
- Pengurusan (Management) – Menghalang pemasangan aplikasi yang merbahaya pada telefon pintar
- Lokasi (Location) – Bertujuan menjejak lokasi anak-anak dengan lebih mudah
- Laporan (Report) – Mengetahui aktiviti-aktiviti telefon pintar anak-anak
Pada ketika ini, KidSafe masih lagi diperingkat pengujian bagi memurnikan dari sebarang masalah pepijat dan ketidakstabilan. Versi tidak rasmi boleh didapati hanya pada pelanggan-pelanggan Celcom yang terpilih. Bagi anda yang menggunakan talian Celcom, anda boleh memohon fail APK aplikasi berkenaan.
Pihak Celcom menjelaskan aplikasi pada peringkat pengujuan ini boleh digunakan pada rangkaian-rangkaian lain selain dari Celcom. Namun, bagi versi penuhnya nanti, aplikasi ini hanya boleh berfungsi pada peranti yang melanggan talian Celcom.
Sumber berita diperoleh dari Celcom