SHAH ALAM, 18 Mac 2024 – Canon Marketing Malaysia (“Canon”), dengan bangga mengumumkan penguasaannya yang berterusan dalam pasaran pencetak dengan mempertahankan kedudukan teratas dalam segmen pencetak Inkjet selama 28 tahun berturut-turut sejak tahun 1996. Selain itu, Canon juga kekal sebagai peneraju dalam segmen pencetak Laser selama 8 tahun berturut-turut sejak tahun 2016, seperti yang dilaporkan oleh firma penyelidikan pasaran IDC dalam laporan “Worldwide Quarterly Hardcopy Peripheral Tracker” terbitannya untuk 2023.
Kejayaan Canon mengekalkan penguasaannya dalam segmen pencetak Inkjet dan Laser selama 28 dan 8 tahun berturut-turut, menunjukkan tekad usaha jenama itu untuk terus melangkaui jangkaan pasaran. Canon terkenal sebagai penyedia penyelesaian menyeluruh yang memenuhi pelbagai keperluan pasaran B2B dan B2C, dari pengguna rumah, profesional, serta perniagaan kecil sehingga perusahaan besar. Berpandukan slogan ‘Imaging Possibilities & Beyond’, Canon turut berjaya mengekalkan kedudukannya bukan sahaja memahami keperluan pasaran kini, tetapi juga memenuhi keperluan pengguna masa hadapan. Selain itu, Canon turut menawarkan pelbagai rangkaian pencetak foto bagi memenuhi keperluan pengguna rumah serta profesional.
Pencapaian cemerlang ini menunjukkan komitmen penuh Canon terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pengguna, terutamanya dalam segmen pencetak Inkjet yang dipacu oleh kejayaan pencetak siri E, yang mencatatkan pertumbuhan luar biasa dengan memecah rekod jualan pada tahun 2023. Selain itu, rangkaian luas pencetak “MegaTank Mega Value” Canon, yang direka khusus bagi memenuhi keperluan perniagaan yang sentiasa berubah, juga mampu menawarkan ciri-ciri canggih dan penyelesaian kos efektif. Slogan “MegaTank Mega Value” mempamerkan nilai luar biasa yang dibawa oleh pencetak Inkjet Canon kepada pasaran, serta mengukuhkan kedudukan Canon sebagai pilihan utama perniagaan di seluruh dunia.
Selain mendapat pengiktirafan tinggi, segmen pencetak Laser Canon turut mencatatkan pertumbuhan. Pencetak warna pelbagai fungsinya turut mencatat rekod jualan yang mengagumkan. Kejayaan ini dikaitkan dengan prestasi luar biasa dan kebolehpercayaan pencetak Laser Canon, seperti yang ditunjukkan melalui slogan “A Class of Excellence”. Komitmen Canon untuk menyampaikan keunggulan kualiti dan inovasi dalam teknologi pencetakan laser telah berjaya menawan hati para pelanggan, serta mengukuhkan kedudukan jenama tersebut sebagai peneraju industri.
“Pencapaian ini adalah satu kejayaan yang amat bermakna,” ujar Ketua Bahagian, Peranti Sistem Peribadi Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee. “Walaupun kami berbesar hati dengan pengiktirafan yang berterusan, kami memahami kepentingan untuk menyesuaikan produk kami dengan landskap industri pencetakan yang sentiasa berubah. Canon sentiasa cekal dalam usaha dinamiknya bagi memenuhi keperluan semua demografi yang semakin berkembang untuk memastikan kesinambungan legasi kecemerlangan ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia, pelanggan baharu, rakan kongsi, dan pekerja kami yang sentiasa memberikan sokongan serta memainkan peranan penting dalam meneruskan legasi kecemerlangan Canon.”
Melihat kepada perancangannya untuk masa depan, Canon mengulangi komitmennya untuk mengatasi sempadan inovasi dan menawarkan produk yang melangkaui jangkaan pelanggan. Legasi Canon dalam menerajui pasaran pencetak menjadi bukti atas tekad usahanya untuk mencapai kecemerlangan.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu Canon, sila kunjungi laman sesawang rasmi Canon di my.canon/en/consumer/products.