Utama Pencetak Canon Canon PRO-310 Baharu: Impian Jurugambar Sejati

Canon PRO-310 Baharu: Impian Jurugambar Sejati

212
0

SHAH ALAM, 10 April 2025 –  Canon Marketing Malaysia (Canon), jenama pencetak terkemuka di Malaysia, telah mengumumkan pelancaran Pencetak Foto Profesional imagePROGRAF PRO-310 A3+ serba baharu, yang direka khusus untuk jurugambar profesional yang mengutamakan kepersisan. Berbeza dengan pencetak foto biasa, ia menawarkan kualiti imej serta cetakan yang tiada tandingan dan tahan lama, sekali gus mendefinisikan semula pencetakan karya kreatif. 

Lebih Tahan Cahaya dan Tahan Calar 

Jurugambar profesional pastinya memahami kepentingan untuk memelihara karya legasi mereka. Sistem LUCIA PRO II1 dengan 10 pigmen warna menetapkan penanda arus baharu dari segi ketahanan terhadap cahaya dan kesan calar, memastikan cetakan kekal dalam keadaan yang sempurna sehingga 200 tahun. Kini, anda boleh mempamerkan karya anda dengan yakin, mengetahui bahawa ia bukan sahaja tahan diuji masa malah mengekalkan kualiti warna dan kehalusan tekstur. Ketahanan yang ditawarkan oleh PRO-310 ini akan memudahkan lagi proses pembingkaian, pembungkusan, dan pengangkutan hasil cetakan, tanpa perlu bimbang tentang kerosakan.

Kualiti Cetakan yang Dipertingkatkan

Sama ada menggunakan kertas licin, berkilau, atau gred profesional, imagePROGRAF PRO-310 pasti memberikan hasil cetakan yang luar biasa. Sistem Chroma Optimimer dakwat  bersepadu akan memastikan kilauan yang sekata dan sempurna, meningkatkan lagi kedalaman dan kejelasan pada bahagian gelap untuk hasil cetakan dengan perincian yang mengagumkan. Untuk cetakan karya seni halus, dakwat hitam kusam akan menyerlahkan lagi tona hitam dan menambah kontras, menghasilkan cetakan yang lebih ekspresif dan bertenaga.

Pembungkusan Mesra Alam

Canon turut mengambil langkah proaktif demi memulihara alam sekitar dengan imagePROGRAF PRO-310. Pencetak ini menggunakan pembungkus yang diperbuat daripada kadbod dan acuan pulpa kitar semula, menggantikan busa polistirena tradisional dan mengurangkan penggunaan plastik. 

Pencetak imagePROGRAF PRO-310 dijual pada harga RM2,960 dan boleh didapati di semua pengedar sah Canon dan kedai dalam talian Canon. imagePROGRAF PRO-310 melambangkan kemajuan teknologi pencetakan profesional, menjadikannya sebagai kelengkapan tambahan utama untuk jurugambar yang ingin mengabadikan hasil karya mereka dengan kualiti terbaik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan pembelian, sila layari my.canon/en/consumer.

Tinggalkan komentar