Epic Games Store kini menawarkan permainan komputer Borderlands: The Handsome Collection secara percuma. Pemberian percuma ini kebiasaannya akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat (waktu Malaysia).
Terdahulu, Epic Games Store telah menawarkan permainan komputer percuma Civilization VI pada minggu lepas dan Grand Theft Auto V, dua minggu sebelumnya.
Borderlands: The Handsome Collection mengandungi dua judul permainan, iaitu Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel. Anda boleh menuntut permainan ini melalui platform Epic sebelum jam 11 malam, 4 Jun ini.
Judul permainan ini merupakan judul permaian popular ketiga berturut-turut ditawarkan oleh Epic Games Store.
Sebelum ini, tawaran percuma Grand Theft Auto V telah menyebabkan pelayan Epic Games menjadi sesak, gara-gara bilangan pemain yang terlalu besar membuat tuntutan percuma permainan berkenaan.













