Black-Shark-4

Jenama subsidiari Xiaomi, Black Shark baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar permua terbarunya, Black Shark 4 di China.

Hadir dengan model standard dan Pro, kedua-dua telefon pintar ini tampil dengan rekaan minimalis dan sistem penyejukan lanjutan. Setiap satunya juga dilengkapkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon atasan.

Selain itu, kedua-dua model Black Shark 4 menampilkan paparan Super AMOLED 6.67-inci dengan HDR10+, resolusi 2400 x 1980, dan kadar penyegaran semula 144Hz.

Kamera swafoto bagi model kali ini menempatkan sebuah kamera 20MP ditengah-tengah sebelah atas paparan hadapannya. Selain itu, ianya turut dilengkapkan dengan sokongan 5G, fungsi Always-On, dan pengimbas cap jari di sebelah kiri. Ia juga menyediakan pembesar suara dwi-stereo, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.2 dan antaramuka Joy UI 12.5 berasaskan Android 11.Black-Shark-4-Pro

Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro dilengkapkan dengan bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W melalui USB-C. Menurut Xiaomi, kedua-dua model ini mampu dicaskan ke paras 50% dalam tempoh 5 minit sahaja. Untuk ke paras penuh, ia mengambil masa sehingga 15 minit. Tidak seperti model keluaran tahun lepas, kedua-duanya tidak dipasangkan dengan port kedua untuk pengecasan magnetik.

Spesifikasi Black Shark 4

Seperti dijangkakan, kedua-dua model Black Shark 4 menawarkan spesifikasi perkakasan dan fungsi unik masing-masing. Model standard hadir dengan cipset Snapdragon 870 5G, bersama-sama RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB.Black-Shark-4-Standard

Pada sebelah belakangnya, disediakan tetapan tri-kamera menggandingkan kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 5MP. Ianya berkeupayaan merakam video 4K pada kadar bingkai 30 atau 60fps. Manakala untuk rakaman berkualiti FHD 1080p pula, ianya pada kadar sehingga 240fps dan 1080p gerak perlahan pula pada 960fps.

Spesifikasi Black Shark 4 Pro

Bagi Black Shark 4 Pro pula, ianya dikuasakan oleh cipset yang lebih terkini iaitu Snapdragon 888 bersama-sama RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB. Terdapat dua ‘butang bahu’ khusus untuk permua eksklusif model ini ditempatkan di sisi kanan telefon ini.

Fotografi Black Shark Pro 4 didatangkan dengan tri-kamera yang mengandungi sebuah kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 5MP. Keupayaan rakaman videonya adalah sama seperti yang ditawarkan oleh model standard.Black-Shark-4-Standard

Telefon pintar permua Black Shark 4 akan mula dijual di China penghujung bulan ini. Harga yang ditawarkan bermula dari RMB2,499 (~RM1,582) untuk model standard dengan konfigurasi RAM 6GB, storan 128GB. Manakala bagi model Pro pula harganya bermula dari RMB3,999 (~RM2,532) bagi konfigurasi RAM 8GB, storan 256 GB.

Black Shark 4 akan memasuki ke pasaran tempatan dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.