Utama Teknologi Bapa

Bapa

702
8

Apa panggilan yang paling sesuai kepada aku bila aku jadi bapak nanti?

Ayah? Babah? Abah? Bapak? Daddy? Abuya? Papa? Papi? Appa?

Ayah?
Rasa macam jadi seorang bapa yang budiman.

Babah?
Mungkin bapa yang baik, berfikiran terbuka dan tegas.

Abah?
Mesti garang jadinya nanti. Kena simpan misai macam A Galak mungkin.

Bapak?
Macam dalam filem-filem P Ramlee la pulak.

Daddy?
Apa  kau ingat aku ni orang kaya-kaya?

Abuya?
Bunyi nampak alim sangat.

Papa?
Bila masa pulak aku ni ada darah keturunan orang Sepanyol. Rasa macam orang-orang kaya je yang suka panggil bapak dia cenggini.

Papi?
Lebih kurang sama macam di atas. Cuma lebih manja bunyinya. Silap-silap boleh jadi puppy.

Appa?
Dei. Agak-agak lah pun.

8 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.