Utama Komputer Bagaimana untuk melumpuhkan Program Permulaan Windows

Bagaimana untuk melumpuhkan Program Permulaan Windows

1053
4

Lebih banyak perisian yang kita pasang pada sistem komputer Windows, lebih panjang waktu untuknya memulakan Windows. Banyak program yang menempatkan dirinya ke dalam senarai yang perlu dihidupkan apabila Windows dibootkan. Senarai ini boleh menjadi lebih banyak apabila lebih banyak program yang kita pasangkan.

Tips ini mungkin sudah diketahui oleh kebanyakan pengguna komputer yang mahir seperti Juruteknik Komputer atau kakitangan-kakitangan IT yang lain. Namun, pengguna biasa juga boleh cuba melakukannya untuk memudahkan tugasan harian yang menggunakan komputer.

Melumpuhkan program permulaan (startup program) di dalam Windows 7, Windows Vista dan Windows XP

Sesetengah program memang bagus jika ia dimulakan serentak dengan Windows seperti perisian antivirus dan firewall. Bagaimanapun, kebanyakan program cuma lebih ‘peghabihkan bogheh’ selain dari menjadikan waktu Windows untuk boot menjadi lebih panjang.

Di dalam Windows, terdapat alatan sedia ada yang boleh digunakan untuk melumpuhkan dan membenarkan program-program dijalankan ketika Windows boot. Dikenali sebagai MSConfig, program berkenaan boleh dijalankan dengan menaip “msconfig.exe” pada ruangan carian yang disediakan selepas mengklik pada butang Start Windows 7 dan Windows Vista.

Bagi pengguna XP pula, anda perlu membuka kotak dialog Run yang diperoleh melalui menu butang Start dan seterusnya, taip “msconfig.exe” dan klik OK.

Run MSConfigKlik pada tab Startup pada tetingkap System Configuration. Satu senarai kesemua program permulaan akan disenaraikan berserta kotak penandaan disebelahnya bagi setiap program. Untuk melumpuhkan program-program yang dirasakan tidak perlu untuk dimulakan bersama ketika Windows boot, kosongkan kotak penanda program-program berkenaan. Klik OK apabila anda selesai melakukan pemilihan.

Msconfig StartupSatu kotak dialog akan muncul memaklumkan kepada anda bahawa anda perlu restart komputer anda untuk membenarkan perubahan tersebut berlaku. Klik Restart untuk memulakan semula komputer anda dengan segera atau jika anda masih belum bersedia untuk memulakan semula komputer anda, klik Exit without Restart.

restart msconfigDiharapkan, melalui tips ini dapat membantu sesetengah pengguna yang rimas menunggu waktu boot komputer anda yang dirasakan terlalu lambat. Oleh itu, dengan melumpuhkan beberapa program yang tidak perlu ini, sedikit sebanyak dapat mempercepatkan waktu boot komputer Windows anda.

 

4 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.