Utama Telco Celcom Axiata mahu jenama Celcom dan Digi kekal berasingan, Integrasi Rangkaian dijangka selesai...

Axiata mahu jenama Celcom dan Digi kekal berasingan, Integrasi Rangkaian dijangka selesai 2025

712
0
CelcomDigi Logo New

Ralat: Tajuk asal artikel ini telah diubah kepada ‘Axiata mahu jenama Celcom dan Digi kekal berasingan, Integrasi Rangkaian dijangka selesai 2025’ kerana terdapat kesilapan pada tahun jangka selesai integrasi rangkaiannya. Segala kesilapan amat dikesali.

Rentetan dari penggabungan Celcom dan Digi, entiti tersebut dikenali dengan identiti baharu sebagai CelcomDigi. Untuk sisi pengguna pula, Celcom dan Digi akan terus kekal sebagai identiti berasingan buat masa ini.

Menurut laporan dari The Edge, CEO Bersama Kumpulan Axiata Vivek Sood menyatakan pihaknya berhasrat untuk mengekalkan kedua-dua jenama tersebut. Beliau yakin terdapat nilai untuk terus mengekalkan kedua-dua jenama tersebut.

Ini bermakna, para pelanggan masih boleh memilih mana-mana produk Celcom dan Digi di kedai jualan sedia ada dan saluran khidmat pelanggan masing-masing.

Tambah Vivek lagi, aktiviti integrasi yang sedang dilaksanakan kini juga berjalan lancar. Menurut beliau, integrasi rangkaian ini dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun lagi, sekitar tahun 2025. Ia merupakan sebagai sebahagian dari perjanjian penggabungan Celcom-Digi yang dimuktamadkan pada November 2022.

Sebagaimana yang dijangkakan pada mana-mana penggabungan, CelcomDigi akan menyelaraskan semula operasinya selain menyepadukan sumber aset dan rangkaiannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.