Utama Telco Astro Astro Fibre bekerjasama dengan Celcom Timur Sabah untuk menyediakan Jalur Lebar Berkelajuan...

Astro Fibre bekerjasama dengan Celcom Timur Sabah untuk menyediakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada 118,000 rumah

487
0
Astro Fibre Celcom Timur Sabah (1)

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2023 – Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia telah menandatangani perjanjian akses dengan Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. (“CT Sabah”), sebuah syarikat yang menyediakan Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Sabah.

Perkongsian ini membolehkan Astro menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi bersama pakej TV Astro kepada potensi 118,000 rumah di Sabah merentasi bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Penampang, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Putatan, Ranau, Tenom dan Tuaran.

Melalui perkongsian ini, Astro akan dapat menyediakan perkhidmatan jalur lebar kendiri dan bundle sebagai tambahan kepada pakej TV Astro kepada lebih ramai pelanggan di Sabah tanpa perlu membina infrastruktur baharu sambil meneruskan tawaran sambungan internet berprestasi tinggi dan penyelesaian komprehensif kepada pelanggannya melalui Penyelesaian Capaian Internet dari CT Sabah. 

Astro Fibre menawarkan hiburan dan nilai terbaik kerana para pelanggan juga boleh memilih untuk mencipta pakej hiburan mereka sendiri dengan menambah pada Pek TV Astro kami dan menikmati rebat pakej sehingga RM39.00/sebulan. Astro Fibre yang digabungkan dengan Pek TV bermula dari RM139.99/sebulan dengan rangkaian internet sebanyak 50Mbps untuk menyampaikan pengalaman penstriman yang paling menakjubkan serta Pek Primary yang terdiri daripada lebih daripada 80 saluran, koleksi Video on Demand yang pelbagai, akses kepada Astro GO dan 200 jam Cloud Storage.

Perkhidmatan Astro Fibre ke kawasan ini dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun 2023. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Astro Fibre, sila layari www.astro.com.my/fibre.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.