Apple hari ini telah mengumumkan kemaskini macOS Big Sur 11.2.1 yang bertujuan membaiki masalah mengecas pada sesetengah MacBook Pro 2016 dan 2017.

Kemaskini ini juga akan membaiki isu keselamatan kritikal pada driver Intel Graphics dan juga ‘sudo‘.

Bagaimanapun, pihak syarikat turut ambil maklum bahawa sesetengah MacBook Pro memerlukan penggantian bateri. Peranti yang terlibat dengan masalah ini tidak boleh dicaskan melebihi paras 1% dengan petunjuk “Service Recommended” pada status kesihatan bateri muncul.

Berikut adalah senarai model-model MacBook Pro 2016 dan 2017 yang mungkin mengalami masalah demikian:

  • MacBook Pro (13­-inci, 2016, dua port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2017, dua port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2016, empat port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2017, empat port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (15-­inci, 2016)
  • MacBook Pro (15-­inci, 2017)

Bagi anda yang tidak pasti berkenaan model MacBook Pro anda, semakan boleh dibuat menerusi ‘About This Mac’ dari menu sebelah bucu skrin.

Apple menyediakan penggantian bateri secara percuma bagi pengguna MacBook Pro yang mengalami masalah yang dinyatakan tersebut. Jika anda inginkan sebarang maklumat lanjut, hubungi pasukan sokongan Apple Malaysia untuk bantuan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.