AMD menyatakan pihaknya kini sedang merancang untuk melancarkan pemprosesan Ryzen Threadripper Generasi Ketiga untuk komputer dekstop peringkat atasan (high-end desktop, HEDT) pada tahun 2019 ini.
Pendedahan ini dibuat menerusi slaid pembentangan rasmi yang dikeluarkan oleh AMD untuk rujukan para pelaburnya. Selain pemprosesan Ryzen Threadripper Generasi Ketiga dilancarkan tahun ini, pemprosesan mudah alih Ryzen Pro Mobile Generasi Kedua turut dinyatakan bakal dilancarkan pada tahun ini juga.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada maklumat mengenai tarikh spesifik pelancaran pemprosesan-pemprosesan pada tahun ini.
Untuk makluman, pemprosean AMD Ryzen Threadripper Generasi Kedua yang kini sedang di pasaran memiliki spesifikasi 32-teras dan 64-bebenang. Mengambil kira produk-produk pemprosesan AMD yang terdahulu, tidak mustahil spesifikasi pemprosesan Generasi Ketiga ini melepasi apa yang ditawarkan oleh generasinya yang terdahulu.
Sumber berita diperoleh dari AMD













