Kad grafik AMD Radeon RX 5600 XT kini secara rasminya telah tiba di pasaran tempatan. Hadir tidak sampai sebulan selepas pelancaran RX 5500 XT, kad grafik ini RX 5600 XT merupakan versi yang lebih berkuasa terutamanya dalam permainan komputer dengan paparan Full HD.
Dari segi spesifikasinya, RX 5600 XT hanya boleh didapati di dalam satu pilihan konfigurasi sahaja iaitu 6GB GDDR6. Selain itu, ia memiliki 36 Unit Kira (Compute Unit), 2304 Pemprosesan Strim, klok asas 1,375MHz dan klok dipertingkatkan 1,560MHz. Dari segi penggunaan kuasa, kad ini agak kuat penggunaannya iaitu pada 150W, 20W lebih tinggi berbanding RX 5500 XT.
Sebagaimana kad grafik RX 5500 XT dan 5700 XT, RX 5600 XT dibina berasaskan senibina GPU AMD RDNA dan acuan litografi 7nm. Kad grafik ini juga menyokong antaramuka terkini PCIE 4.0, sama seluruh GPU Radeon versi terkini yang lain.
AMD turut memaklumkan harga yang disarankan untuk Radeon RX 5600 XT bermula dari RM1,200, bergantung kepada jenis pengeluar papan kadnya.
Sebagai perbandingan ASUS’ ROG Strix Radeon RX 5500 XT dijual di pasaran pada harga RM1,599. Manakala Gigabyte RX 5600 XT Gaming OC dijual pada harga RM1,539.













