Laman Prabayar AirAsia BIG kini telah ditutup selepas didapati menempatkan skrip melombong kriptowang Coinhive. Skrip berkenaan berfungsi untuk membenarkan sesebuah laman “meminjam” kuasa CPU komputer pelawat untuk melombong kriptowang Monero. Ia pertama kali diketahui secara umum setelah percubaannya pada penjejak fail torrent, The Pirate Bay.

Isu ini diketahui setelah sistem antivirus melabelkan laman Prabayar AirAsia BIG sebagai menyebarkan skrip hasad. Tidak dapat dipastikan berapa lama isu ini sudah berlaku pada laman berkenaan. Skrip Coinhive menggunakan kuasa CPU yang amat besar hingga menjejaskan prestasi keseluruhan komputer pelawat laman-laman yang menempatkan skrip berkenaan.

Coinhive didakwa kononnya ia adalah sebuah alternatif kepada sesebuah laman web menjana pendapatan selain dari pengiklanan. Pada kebiasaannya, laman-laman yang menggunakannya adalah laman-laman yang kebanyakan pengiklan tidak berapa yakin untuk meletakkan iklan.

Bagaimanapun, tidak semua pengguna memberikan respon negatif terhadap perkembangan ini. Malah ada yang menyokong tindakan yang telah dibuat oleh laman The Pirate Bay. Cuma, apa yang sesetengah pengguna The Pirate Bay terkilan adalah tiada pemakluman awal berkenaan penggunaan skrip melombong tersebut.

Setakat ini, bukan laman web yang sah seperti AirAsia BIG sahaja yang didapati menempatkan skrip Coinhive. Terdahulu pada minggu lepas, penyiar rancangan di Amerika Syarikat, CBS didapati telah menempatkan skrip yang sama pada laman web Showtime.

Dalam perkembangan yang sama, AirAsia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini;

[box type=”note” align=”” class=”” width=””]

AirAsia BIG Prepaid became aware of the presence of cryptocurrency mining script Coinhive on bigprepaid.com at 2.19pm today.

All affected pages have since been taken offline pending a detailed investigation.

We would like to reassure BIG Prepaid users that no personal data was compromised, and we sincerely apologise for any inconvenience caused.

[/box]

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin bagi memudahkan urusan-urusan pelanggan-pelanggan Prabayar AirAsia Big.

Sumber berita dan Imej diperoleh dari Lowyat

Tinggalkan komentar