Utama Perkakasan Adata umumkan modul memori DDR5 baharu DDR5-4800, dan XPG Lancer DDR5-5200

Adata umumkan modul memori DDR5 baharu DDR5-4800, dan XPG Lancer DDR5-5200

329
0

Adata secara rasminya telah mengumumkan modul memori DDR5 baharunya, lebih awal dari pelancaran CPU desktop Intel generasi ke-12, Alder Lake-S.

Memori baharu ini akan hadir dalam dua model iaitu Adata DDR5-4800, dan XPG Lancer DDR5-5200. Sebagaimana kit memori DDR5 yang telah diumumkan setakat ini, Adata DDR5-4800 hanya ditawarkan dengan satu pilihan frekuensi sahaja iaitu 4800MHz.

Kit berkenaan juga akan ditawarkan dengan pilihan 8GB, 16GB, dan 32GB. Ia akan memasuki ke pasaran pada penghujung Oktober ini dengan harga RM620 bagi untuk kapasiti 16GB.

Seterusnya, modul memori XPG Lancer DDR5 pula turut menyediakan n pilihan pencahayaan LED RGB. Bagaimanapun, untuk kapasiti ia hanya ditawarkan dengan set dua buah modul 16GB.

Apa yang penting, modul memori ini hanya menawarkan frekuensi 5200MHz pada kependaman (latency) CAS CL38. Oleh kerana memori ini berprestasi tinggi, Adata telah melengkapkan kit memori ini dengan Power Management IC (PMIC) dan Error Correcting Code (ECC).

Dalam pada masa yang sama, memori yang mematuhi sistem overclocking Intel XMP 3.0 dijangka memasuki ke pasaran pada November tahun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.