Utama Mobile Aplikasi YouTube Handle diperkenalkan untuk Pengguna mempunyai nama unik seperti @username

YouTube Handle diperkenalkan untuk Pengguna mempunyai nama unik seperti @username

556
0
YouTube-Username-Handle-Support

YouTube baru-baru ini telah mengumumkan akan memperluaskan sokongan penggunaan ‘username handle’ (atau @username) ke seluruh perkhidmatannya. Sebelum ini, format tersebut hanya terhad untuk digunakan bagi memaklumkan pencipta kandungan atau saluran di dalam tajuk video, keterangan video atau melakukan tag pengguna lain di dalam borak langsung (live chats).

Ciri sebegini sudah lama wujud di dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Bermula dengan tawaran dengan sokongan terhad, penggunaan @username di dalam YouTube ini sesuai dengan peranannya yang kian berubah ke arah platform media sosial. Selain itu, YouTube juga kini sedang berdepan dengan saingan sengit dari platform seperti Instagram dari Meta dan TikTok dari ByteDance.

Melalui kemaskini baharu ini, sokongan ‘user handle’ kini boleh digunakan pada hampir kesemua penawaran di dalam YouTube. Ciri ini akan ditawarkan kepada semua pengguna secara berperingkat dalam masa yang terdekat. Oleh itu, anda tidak perlu menjadi pencipta kandungan yang disahkan atau memenuhi sebarang syarat untuk mendapatkan nama unik @username anda kelak.YouTube-Username-Handle-Support-Update

Menurut laman blog rasminya, YouTube menjelaskan pengenalan ciri ini memudahkan para pencipta kandungan berinteraksi dengan para penonton masing-masing. Selepas ini, pencipta kandungan dengan nama unik akan mempunyai URL yang berpadanan dalam format youtube.com/@handle. URL ini juga lebih mudah untuk dikongsikan di media sosial lain dan juga di laman web.

YouTube juga menjelaskan pengguna dengan @username saluran sedia ada akan terus kekal terutamanya bagi yang telah pun ada URL yang telah diperibadikan. Selain itu, ia juga akan dijadikan sebagai ‘default handle’ apabila kemaskini ini ditawarkan bagi mengelakkan dari diambil oleh pihak lain.

Dalam pada masa yang sama, pengguna juga boleh mengemaskini dan mengubah @username tersebut ke nama lain pada bila-bila masa di masa akan datang.

Kemaskini ‘handle username’ baharu ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna bermula pada minggu ini. YouTube bagaimanapun tidak menyatakan bilakah ciri akan mula diperkenalkan kepada seluruh penggunanya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.