Utama Laptop Xiaomi Xiaomi saman kerajaan US, desak dikeluarkan dari senarai hitam era Trump

Xiaomi saman kerajaan US, desak dikeluarkan dari senarai hitam era Trump

553
0
Xiaomi HQ

Xiaomi bertindak mahu menyaman kerajaan Amerika Syarikat dan mendesak supaya dikeluarkan dari senarai hitam pelaburan yang dibuat oleh mantan Presiden Donald Trump sebelum ini.

Menerusi pemfailan mahkamah yang telah dibuat, Xiaomi menegaskan pihaknya tiada sebarang kaitan dengan tentera China. Tambahan lagi, Xiaomi mengatakan senarai hitam yang dibuat tersebut adalah salah dan menyalahi undang-undang.

Tiga dari sepuluh pemegang saham terbesar Xiaomi merupakan institusi pelaburan US iaitu BlackRock Inc., The Vanguard Group dan State Street Corporation. Selain itu, ramai individu-individu dari US yang menjadi pemegang saham.

Senarai hitam berkenaan juga menurut Xiaomi melanggar Perlembagaan US berkenaan hak kebebasan dan harta benda. Ketika disenaraikan, Xiaomi tidak menerima sebarang notis awal dari pentadbiran Trump berkenaan sekatan tersebut.

Xiaomi telah disenarai hitam sejak dari 14 Januari tahun ini kerana dikaitkan dengan badan ketenteraan dan keselamatan China.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.