Utama Mobile Xiaomi Mi Box mula dijual di Malaysia Jumaat ini, pada harga RM349

Xiaomi Mi Box mula dijual di Malaysia Jumaat ini, pada harga RM349

696
0

Xiaomi akan mula menjual Mi Box untuk pasaran Malaysia bermula hujung minggu ini. Set televisyen Android ini pada asalnya telah diumumkan bersempena Google I/O pada bulan Mei 2016 yang lalu dan kini ia akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi.

Mi Box menyokong fungsi main semula kandungan 4K UHD pada kadar 60fps. Namun, tidak banyak filem yang memainkan video pada kadar bingkai setinggi itu. Selain itu, ia turut menyokong piawaian HDR10 dari Android Nougat.

Oleh kerana peranti ini turut dibangunkan bersama-sama Google, ia turut hadir bersama-sama sokongan Google Cast. Fungsi yang sangat menarik memandangkan Chromecast belum ada untuk pasaran Malaysia secara rasminya.

Xiaomi Malaysia memaklumkan akan menyediakan maklumat berkenaan peranti ini dalam masa terdekat ini. Sehingga kini tidak dinyatakan sama ada Mi Game Controller akan hadir pada jangka tempoh yang sama. Setakat ini, apa yang dapat disahkan adalah Mi Box akan dijual bermula Jumaat ini pada harga RM349.

Sumber berita diperoleh dari Xiaomi Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.