Utama Android Xiaomi Xiaomi 15 Ultra akan tiba di Malaysia pada 2 Mac ini

Xiaomi 15 Ultra akan tiba di Malaysia pada 2 Mac ini

81
0

Xiaomi 15 dijadualkan akan diperkenalkan ke peringkat global di dalam sebuah acara di Pamera Kongres Mobil Sedunia (Mobile World Congress, MWC) di Barcelona pada 2 Mac ini. Walaupun tiada tarikh rasmi pelancarannya di pasaran Malaysia telah diumumkan buat masa ini, kedai rasmi Xiaomi di Shopee telah menyatakan tarikh berkenaan.

Halaman tersebut menyenaraikan dua model siri tersebut – Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Ultra dengan satu pernyataan “See you on 2 March”. Selain itu, masa mula jualan kedua-dua telefon pintar tersebut dilihat ditetapkan pada 2 Mac 2025 pada jam 10:29 malam.

Walaupun tiada konfigurasi telah didedahkan setakat ini, kedua-dua model berkenaan disenaraikan hadir dengan dua pilihan konfigurasi dan tiga pilihan warna.

Xiaomi 15 menampilkan paparan OLED LTPO 6.36-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite dan mempunyai bateri berkapasiti 5,400mAh yang menyokong pengecasan berwayar 90W dan nirwayar 50W. Dari segi fotografi, ia menampilkan tetapan kamera berjenama Leica yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 50MP, dan kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 3x.

Xiaomi 15 Ultra yang baharu sahaja didedahkan akan dilengkapkan dengan kamera utama 1-inci 50MP, kamera ultra-lebar 50MP, kamera telefoto 50MP dan kamera periskop sekunder 200MP. Berdasarkan maklumat yang tertiris, ia akan mempunyai paparan AMOLED 6.73-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan pemprosesan Snapdragon 8 Elite.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.