Utama Android Xiaomi Siri Xiaomi 13T dilancarkan; Cip Dimensity 8200-Ultra, Kamera Leica 50MP, Harga dari...

Siri Xiaomi 13T dilancarkan; Cip Dimensity 8200-Ultra, Kamera Leica 50MP, Harga dari RM1,799

227
0

Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro secara rasminya telah diumumkan ke pasaran global dengan harganya masing-masing bermula dari RM1,799 dan RM2,499. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan untuk siri telefon pintar ini, Alpine Blue, Meadow Green dan Black.

Spesifikasi asas siri Xiaomi 13T

Untuk Xiaomi 13T, telefon pintar ini menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 8200-Ultra bersama-sama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan Turbo Charging 67W.

Skrinnya ini juga menyokong kadar pensampelan sentuhan 280Hz dan tahap kecerahan puncak 2600 nits. Turut disokong melalui paparan telefon pintar yang diberi perlindungan Corning Gorilla Glass 5 dan kerintangan air dan debu IP68 ini termasuklah:

  • Pro HDR
  • Dolby Vision
  • HDR 10+
  • pemalapan PWM sehingga 2880Hz

Xiaomi 13T juga menyertakan hasil kerjasama teknologinya dengan Leica melalui kamera utama 50MP (OIS). Ia diapit bersama-sama kamera 50MP dan 12MP masing-masing untuk telefoto dan ultra-lebar. Manakala sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 20MP.

Ketersambungan siri telefon pintar ini hadir dalam bentuk sokongan seperti NFC, Bluetooth 5.4, 5G dan juga WiFi 7.

Spesifikasi-spesifikasi yang dinyatakan tersebut tidak jauh bezanya dengan model Xiaomi 13T Pro. Antara perbezaan untuk model Pro adalah pada penggunaan cipset MediaTek Dimensity 9200+ dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Turut disediakan untuk Xiaomi 13T Pro, model ini menyokong teknologi pengecasan HyperCharge 120W.

Telefon pintar dengan sokongan audio Dolby Atmos ini juga menyediakan paparan AMOLED yang berukuran 6.67-inci dengan kadar penyegaran semula 144Hz (Adaptive Sync).

Harga siri Xiaomi 13T di Malaysia

Bermula dari 27 September 2023, anda boleh membuat pra-tempahan Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro menerusi Lazada dan Shopee pada harga seperti berikut:

Harga Xiaomi 13T

  • Xiaomi 13T (RAM 8GB + storan 256GB) – RM1,799
  • Xiaomi 13T (RAM 12GB + storan 256GB) – RM1,999

Harga Xiaomi 13T Pro

  • Xiaomi 13T Pro (RAM 12GB + storan 256GB) – RM2,499
  • Xiaomi 13T Pro (RAM 12GB + storan 512GB) – RM2,699
  • Xiaomi 13T Pro (RAM 16GB + storan 1TB) – RM3,499

Untuk waktu terhad, pra-tempahan Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T akan menerima pakej premium yang turut menyertakan penggantian skrin percuma, storan Google Cloud 100GB percuma dan perlanjutan waranti 1+1.

Maklumat lanjut, layari Xiaomi Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.