Utama Komputer Windows 10 bakal perkenal fungsi pemasangan semula dari Pelayan Awanan

Windows 10 bakal perkenal fungsi pemasangan semula dari Pelayan Awanan

931
0

Melakukan reset pada PC hari ini adalah lebih mudah terutamanya melalui sistem operasi Windows 10. Sama ada untuk membuat tujuan membaiki atau menyediakan untuk pengguna baru, anda boleh melakukannya melalui sandaran luaran atau dalaman.

Kini, fungsi berkenaan dipertingkatkan lagi melalui fungsi pemasangan semula melalui sandaran dari pelayan awanan (cloud server). Fungsi ini dijangka mampu menyediakan cara kerja pemasangan semula Windows 10 yang lebih selamat. Pemasangan semula secara sandaran dalaman (local backup) mempunyai risiko jangkitan malware terutamanya bagi pengguna yang kurang berhati-hati dalam tatacara penggunaan komputer.

Pilihan berasaskan dalam talian ini boleh diketemukan melalui pilihan ‘Reset this PC’ di dalam tetapan (settings) Windows. Seterusnya, pengguna langkah memuat turun Windwos 10 dari pelayan awanan akan diteruskan melalui pilihan berkenaan.

Dalam keadaan kelajuan internet kian bertambah dewasa ini, pengguna kelak mampu mendapatkan salinan Windows 10 dalam masa yang singkat. Seperti lazimnya, langkah reset PC ini boleh menyebabkan pengguna kehilangan data dan aplikasi-aplikasi yang telah dipasangkan jika pengguna memilih ‘Remove everything’.

Setakat ini pihak Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tarikh pelaksanaan fungsi ini pada kemaskini Windows 10 yang akan datang.

Sumber berita diperoleh dari Engadget

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.