Utama Mobile Aplikasi WhatsApp uji fungsi ‘Large Link Preview’ untuk Android dan iOS

WhatsApp uji fungsi ‘Large Link Preview’ untuk Android dan iOS

526
0

WhatsApp seringkali bereksperimen dengan fungsi baharu bagi memberikan pengalaman kepenggunaan yang lebih baik. Laporan terkini menyebut WhatsApp sedang menguji fungsi baharu yang dinamakan sebagai “Large Link Preview” untuk pengguna Android dan iOS.

Fungsi baharu yang sedang diuji ini bagaimanapun hanya akan ditawarkan pada versi mudah alih platform ini sahaja. WhatsApp versi desktop dan web dijangka masih lagi kekal dengan imej pratonton saiz sedia ada.

Menurut WABetaInfo, fungsi akan datang ini sedang dibangunkan dan akan tersedia pada kemaskini akan datang. Pratonton dengan saiz yang lebih besar ini dapat membantu pengguna mendapat maklumat yang dikongsikan dengan lebih jelas melalui lebih banyak maklumat yang dipaparkan.

Selain dari fungsi baharu tersebut, WhatsApp juga sedang menguji fungsi imej dan video menghilang, serta pilihan memuat naik imej dan video yang lebih tinggi kualitinya.

Tinggalkan komentar