Utama Mobile Aplikasi WhatsApp perkenalkan ciri berkongsikan Kod QR untuk Channel menerusi Beta terkininya

WhatsApp perkenalkan ciri berkongsikan Kod QR untuk Channel menerusi Beta terkininya

114
0

Sebuah ciri perkongsian baharu sedang diuji menerusi kemaskini beta terkininya untuk Android versi 2.24.25.7, menurut WABetaInfo. Kemaskini fungsi tersebut bertujuan bagi membolehkan pengguna berkongsikan saluran yang dimiliki atau diikuti dengan pengguna lain menerusi kod QR.

Ciri ini boleh diakses dengan membuka mana-mana saluran dan pilihan untuk berkongsikannya terdapat pada bahagian bar atas. Satu kod QR akan dijanakan yang mempunyai pautan ke saluran tersebut untuk dikongsikan dan boleh diakses apabila diimbas.

Buat masa ini pengguna boleh berkongsikan saluran masing-masing secara manual seperti melalui pautan teks. Melalui kemudahan baharu ini pengguna boleh menunjukkan kod QR berkenaan untuk diimbas oleh peranti pengguna lain. Ia membantu dalam keadaan perkongsian secara bersemuka dengan pengguna tidak perlu lagi menghantar pautan ke mesej atau ke platform pihak ketiga.

Penambahan ciri ini juga membolehkan pengguna berkongsikan saluran-saluran secara digital dan juga fizikal kerana kod QR ini boleh disimpan dan juga dicetak. Misalnya, kod QR ini boleh digunakan pada kad perniagaan atau poster-poster hebahan.

Buat masa ini ciri ini hanya boleh didapati pada pengguna-pengguna ujian WhatsApp beta untuk Android. Tidak dapat dipastikan bilakah ciri ini akan mula diperkenalkan kepada pengguna umum.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.