Waze, aplikasi pemandu arah yang tidak asing lagi bagi pengguna di Malaysia sering digunakan untuk membantu mencari arah perjalanan. Baru-baru, aplikasi ini telah pun menambahkan satu lagi fungsi terbarunya, paparan kadar bayaran tol. Fungsi ini dapat membantu pengguna membuat anggaran perbelanjaan yang lebih tepat untuk satu-satu perjalanan.

Fungsi paparan anggaran kadar bayaran tol ini telah pun tersedia pada peranti-peranti Android dan juga iOS. Sungguhpun fungsi ini boleh digunakan untuk laluan-laluan melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), sesetengah darinya masih lagi belum tersedia sepenuhnya setakat ini.

Hal ini disebabkan oleh ciri Waze itu sendiri yang memerlukan maklumbalas dari komuniti penggunanya dalam mengemaskini sesuatu info terbaru. Dijangkakan, maklumat-maklumat berkenaan akan dikemaskini dalam masa yang terdekat oleh pengguna-pengguna Waze di Malaysia.

Julai tahun ini, Waze pernah memperkenalkan fungsi yang sama khusus untuk pengguna-penggunanya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sumber berita diperoleh dari Waze

Tinggalkan komentar