Utama Android vivo vivo X100 dan X100 Pro dilancarkan secara rasminya, Telefon Pintar Pertama guna...

vivo X100 dan X100 Pro dilancarkan secara rasminya, Telefon Pintar Pertama guna Dimensity 9300

219
0

Vivo sebelum ini pernah dilaporkan akan melancarkan siri X100 pada 13 November dan kini, telefon pintar berkenaan telah pun dilancarkan di China menerusi vivo X100 dan X100 Pro.

Model standard vivo X100 hadir dengan skrin 6.78-inci beresolusi 2,800 x 1,260 piksel dengan kadar penyegaran semula sehingga 120Hz. Pemprosesannya pula merupakan keluaran terkini dari MediaTek, Dimensity 9300.

Dari segi fotografinya, ia menawarkan tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, telefoto 64MP dan ultra lebar 50MP. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 32MP.

Telefon pintar dengan penarafan kerintangan IP68 ini mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan kadar pengecasan pantas 120W.

Seterusnya untuk model X100 Pro pula ia mempunyai saiz skrin, cipset dan juga penarafan IP68 yang sama seperti vivo X100. Namun ia mempunyai perbezaan dari segi kapasiti baterinya 5,400mAh dan sokongan pengecasan nirwayar 50W. Pengecasan berwayarnya pula bagaimanapun sokongan yang ditawarkannya pula sedikit rendah pada 100W.

Untuk kameranya pula, vivo X100 Pro didatangkan dengan kamera utama 50MP bersaiz satu inci bersama-sama kamera Zeiss APO 50MP dan kamera bersudut lebar 50MP. Kamera hadapannya pula sama dengan X100 yang menawarkan sebuah kamera 32MP.

vivo mengetengahkan Model Bahasa Besar (Large Language Model, LLM) yang dikenali sebagai BlueLM yang dimuatkan ke dalam perisian telefon ini. LLM yang dibangunkan oleh vivo ini bagaimanapun hanya menyokong bahasa Mandarin sahaja buat masa ini.

Perisian siri telefon pintar ini juga menawarkan sokongan yang membolehkan pengguna melaraskan bokeh selepas tangkapan gambar dibuat untuk model X100. Untuk model X100 Pro pula ia mampu mengambil gambar matahari tanpa menjadikan imej yang ditangkap menjadi terlalu silau.

Terdapat lima pilihan konfigurasi RAM dan storan untuk vivo X100 yang terdiri daripada 12GB + 256GB, 16GB + 256GB, 16GB + 512GB, 16GB + 1TB, dan satu lagi yang menggunakan LPDDR5T. Harga yang ditawarkannya pula masing-masing RMB3,999 (~RM2,582), RMB4,299 (~RM2,776), RMB4,599 (~RM2970), RMB4999 (~RM3,28) dan RMB5,099 (~RM3,293).

Pilihan konfigurasi untuk vivo X100 Pro pula terdiri daripada  12+256GB, 16GB + 512GB dengan 16GB + 1TB  menggunakan LPDDR5T. Harganya pula masing-masing RMB4,999 (~RM3,228), RMB5,499 (~RM3,551) dan RMB5,999 (~RM3,874).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.