Utama Android vivo vivo V21e 5G kini dilancarkan secara rasminya

vivo V21e 5G kini dilancarkan secara rasminya

177
0

vivo telah melancarkan vivo V21e 5G di India secara rasminya semalam. Model ini berbeza dengan vivo V21e LTE yang diumumkan pada April lalu dan telah berada di pasaran sejak dari awal Mei.

vivo V21e 5G hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 700, bersama-sama paparan AMOLED 6.44-inch 1080×2400 60 Hz. Paparannya ini juga menyokong pengimbas cap jari terbina dalam. Pada sebelah hadapan telefon dengan RAM 8GB dan storan 128GB ini juga disediakan sebuah kamera swafoto 32MP.

Sunset Jazz
Dark Pearl

Untuk kamera belakangnya yang menawarkan konfigurasi dwi-kamera, telefon ini menyediakan sensor utama ultra-lebar 64MP, tanpa sensor kamera makro 2MP. Telefon ini turut menyediakan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W.

V21e 5G yang menggunakan antaramuka FunTouch OS 11.1 berasaskan Android 11 ini boleh didapati dengan pilihan warna Sunset Jazz dan Dark Pearl. Harga V21e 5G di pasaran India adalah Rs. 24,990 (~RM1,402). Setakat ini tidak diketahui bilakah ianya akan hadir ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.