Awal minggu ini, Vivo Malaysia telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar V19 secara penstriman langsung pada hari ini. Lanjutan dari itu, harga dan tarikh mula penjualan turut diumumkan bersama.

Seperti yang kita sedia maklum, Vivo V19 hadir dengan paparan 6.44-inci Super AMOLED Full HD+ dengan pengimbas cap jari terbina dalam. Selain itu, telefon pintar ini dilengkapkan dengan cipset Snapdragon 712, RAM 8GB, dan storan dalaman 128GB.

Ia juga didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan FlashCharge 2.0 33W yang mampu mengecas bateri dari paras sifar ke 54% dalam tempoh setengah jam.

Untuk kameranya pula, Vivo V19 didatangkan dengan tetapan kuad-kamera untuk kamera belakangnya. Ia mengandungi lensa utama 48MP, lensa bersudut luas 8MP, lensa bokeh 2MP dan lensa makro 2MP. Untuk kamera hadapannya pula, ia mengandungi sebuah lensa 32MP dan sebuah lensa 8MP.

Vivo V19 dijual pada harga RM1,699 dan akan berada di pasaran bermula dari 25 April 2020. Pembelian secara pra-tempahan di Lazada bakal menerima beberapa tawaran menarik. Antaranya kotak cenderahati, baucar RM50, tambahan waranti 1-tahun, dan 1-tahun perlindungan skrin. Kesemua hadiah percuma ini bernilai RM548. Selain Lazada, Senheng dan SenQ turut memberikan penawaran yang sama.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.