Utama Mobile Android Vivo V15 Series, Telefon Pintar dengan Kamera Swafoto pop-up akan hadir ke...

Vivo V15 Series, Telefon Pintar dengan Kamera Swafoto pop-up akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi

1629
0

Vivo Malaysia kini sudah mula giat mempromosikan Vivo V15 melalui akaun sosial rasmi dan saluran video rasminya menjelang kemasukan telefon pintar berkenaan ke pasaran Malaysia.

Bermula 22 Januari baru-baru ini, pihak Vivo Malaysia sudah pun mula menerbitkan sebuah video acah di dalam Facebook rasminya. Selain di Facebook, Vivo Malaysia turut berkongsikan sebuah klip pendek melalui akaun rasminya di Twitter.

Bagi menghangatkan lagi promosi telefon pintar V15 di Malaysia, Vivo Malaysia turut berkongsikan klip video promosi yang menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza selaku duta rasmi produk.

Setakat ini, masih tiada sebarang pengumuman berkenaan tarikh pelancaran dan harganya untuk pasaran Malaysia.

Tarikan utama telefon pintar siri ini adalah pada kamera swafoto 32MP yang boleh pop-up. Selain dari itu, bagi Vivo V15 Pro pula, ianya turut dilengkapkan dengan kamera utama tri-kamera dengan penderia 48MP pada salah satu kameranya. Siri Vivo V15 bakal dilancarkan buat julung kalinya di India pada 20 Februari ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.