Utama Android vivo vivo Tawar Diskaun sehingga RM 200 untuk V40 dan V40 Pro bersempena...

vivo Tawar Diskaun sehingga RM 200 untuk V40 dan V40 Pro bersempena Promosi ‘Deepavali So Pro’

369
0

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2024 – Sempena salah satu perayaan paling berwarna-warni tahun ini, vivo Malaysia dengan sukacitanya meraikan Deepavali yang akan datang bersama rakyat Malaysia dengan menawarkan promosi menarik untuk telefon pintar terbaharu V40 dan V40 Pro.

Promosi istimewa Deepavali So Pro ini menawarkan diskaun eksklusif untuk anda menaik taraf ke V40 atau V40 Pro, dan merasai ciri-ciri canggihnya semasa musim perayaan.

Bermula dari 4 Oktober hingga 3 November 2024, semua orang boleh menikmati tawaran Deepavali So Pro hanya dengan menuntut baucar di sini. Kemudian, ambil tangkapan skrin kod baucar anda dan pergi ke Kedai Konsep vivo atau kedai rakan kongsi yang sah yang terdekat, dan tunjukkan kod anda! Berikut adalah diskaun yang ditawarkan:

  • vivo V40 12+256GB: Diskaun RM50 daripada RM1,999
  • vivo V40 12+512GB: Diskaun RM100 daripada RM2,399
  • vivo V40 Pro 12+512GB: Diskaun RM200 daripada RM3,299

Dilancarkan bulan lepas, vivo V40 dan V40 Pro membolehkan anda merakam saat-saat magis Deepavali dengan ciri fotografi malam yang canggih. Kamera Utama 50 MP ZEISS OIS telefon ini menawarkan penyerapan cahaya 2.8x untuk foto yang menakjubkan dalam keadaan cahaya rendah. Selain itu, AI 3D Studio Lighting dan Aura Light mencipta pencahayaan tahap profesional untuk potret, sama ada di dalam atau luar.

Telefon pintar baharu vivo ini direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi potret mudah alih, vivo V40 dan V40 Pro menampilkan sistem potret bertaraf profesional yang direka bersama ZEISS, termasuk keupayaan lensa multifokal, kedua-dua model ini membolehkan pengguna merakam potret dengan kualiti yang luar biasa. V40 dan V40 Pro juga dilengkapi bateri berkuasa, dengan reka bentuk yang nipis dan ringan – menjadikannya peranti vivo paling nipis setakat ini dengan bateri 5500 mAh.

Promosi Deepavali So Pro boleh didapati secara dalam talian dan wakil-wakil pengedar vivo yang sah di seluruh negara.

Tawaran ini bagaimanapun tidak ditawarkan di cawangan-cawangan telekomunikasi.

vivo Malaysia menjemput anda semua untuk mengambil peluang ke atas tawaran terhad ini dan merasai prestasi luar biasa serta ciri-ciri telefon pintar siri V40. Beli sekarang di kedai rasmi Shopee dan Lazada vivo Malaysia atau layari laman web rasmi dan media sosial vivo Malaysia untuk maklumat lanjut:

Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Tinggalkan komentar