U Mobile dengan usahasama Allo Technology, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), mengumumkan Ultra Unlimited Home Fibre Broadband.
Pelan ini merupakan penawaran baharu dari U Mobile dalam perkhidmatan jalur lebar talian tetap fiber untuk pengguna kediaman.
Buat permulaan, perkhidmatan ini ditawarkan kepada pengguna-pengguna di sekitar Kedah, Perak, Cyberjaya dan Melaka. Tawaran ini juga terhad kepada pelanggan-pelanggan U Mobile yang sedia ada.
U Mobile juga menyediakan diskaun sehingga 50% selama dua tahun dan akses percuma bulan pertama untuk pelanggan-pelanggannya yang layak.
Pelan U Mobile Ultra Unlimited Home Fibre Broadband menawarkan pelan yang terdiri daripada:
- 100Mbps, RM129 sebulan
- 500Mbps, RM199 sebulan
- 1Gbps, RM299 sebulan
Bagi pelanggan U Mobile GX68, anda akan ditawarkan dengan pelan 100Mbps pada harga RM 64.90 sebulan. Manakala pelanggan P79 dan ke atas, anda akan ditawarkan dengan pelan 500Mbps pada kadar RM99.50 sebulan. Seterusnya, untuk pengguna U Mobile P99 pula, anda ditawarkan dengan pelan 1Gbps berharga RM49.50.













