Utama Mobile Aplikasi Touch ‘n Go jelaskan Tag RFID tidak ada Tarikh Luput

Touch ‘n Go jelaskan Tag RFID tidak ada Tarikh Luput

156
0

Touch ‘n Go (TnG) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung salah faham mengenai kempen khusus untuk pengguna rintis RFID yang menyertai sistem berkenaan sejak dilancarkan pada 2018.

Hujung minggu lalu, tersebar khabar di media sosial yang mengatakan tag-tag RFID akan luput pada 31 Januari 2024 dan kononnya pengguna digalakkan memperbaharuinya untuk mendapatkan harga diskaun. Kesannya, terdapat pengguna-pengguna yang salah faham dengan maklumat tersebut dan telah mencetuskan kegusaran.

Terdahulu, Touch ‘n Go telah menghantar sepucuk email kepada pengguna rintis RFID hujung minggu lalu. Ia memaklumkan mengenai promosi khas pulangan tunai RM20.50 bagi anda yang ingin menggantikan tag yang rosak atau telah usang.

TNG juga menyatakan, “Pilot Users participating in this campaign shall have their Pilot RFID tag automatically terminated on 31 January 2024, irrespective of whether the Pilot User has activated and installed the TnG RFID Tag under this Campaign.

Rentetan dari isu salah faham yang tersebar di media sosial tersebut, TNG menegaskan tag-tag RFID yang dikeluarkan tidak mempunyai tarikh luput. Tambahnya lagi, penamatan yang dimaksudkan di dalam notis tersebut merujuk kepada tag RFID lama pengguna rintis yang perlu digantikan dengan tag RFID baharu sebelum 31 Januari 2024. Ia dilakukan bagi mengelakkan masalah dua tag RFID didaftarkan pada 1 kenderaan.

“Bagi pengguna yang memilih untuk tidak menyertai promosi ini tidak akan terkesan dengan apa-apa perubahan dan tag RFID yang digunakan akan terus aktif dan digunakan pada kenderaan yang didaftarkan,” Tambahnya lagi, “Kami berharap ini dapat menjelaskan sebarang salah faham mengenai tarikh luput tag RFID,”

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.