Utama Mobile Aplikasi Ciri Bayaran Parkir melalui imbasan Kod QR TNG eWallet kini diperkenalakan

Ciri Bayaran Parkir melalui imbasan Kod QR TNG eWallet kini diperkenalakan

165
0
TNG eWallet Parking QR Code

Touch ‘n Go eWallet baru-baru ini telah melancarkan ‘Scan QR in/out Parking’ yang membolehkan pengguna membayar parkir dengan lebih lancar. Pengumuman tersebut turut dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Touch ‘n Go.

Menurut laman web rasminya, pengguna perlu mengimbas kod QR ketika masuk ke parkir dan juga keluar dari parkir. Untuk menggunakan ciri tersebut, pengguna perlu membuka aplikasi TNG eWallet, ketik pada Pay dan benarkan pembaca kod QR membuat imbasan kod QR anda.

Kadar bayaran akan dikira berdasarkan tempoh parkir dan sekiranya boleh dibayar menggunakan baki di dalam eWallet, proses pembayaran akan segera dilakukan.

Aplikasi berkenaan akan menolak dari baki eWallet anda dan satu notifikasi akan diberikan untuk setiap transaksi bayaran yang berjaya dilakukan. Menurut Touch ‘n Go lagi, aplikasi berkenaan tidak memerlukan sambungan ke internet untuk menjana kod QR tersebut. Justeru, pengguna boleh masuk dan keluar dari tapak parkir tanpa sambungan internet.

Buat masa ini, hanya 70 tapak parkir di seluruh negara yang menyokong ciri tersebut. Dijangkakan, bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan dari pengguna dan juga dari pengusaha dan pengendali parkir.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.