Lanjutan dari kenyataan semalam mengenai pelanggan pascabayar Unifi Mobile bakal menikmati 5G pada bulan depan, Telekom Malaysia (TM) didapati telah melakukan pusingan U dengan meminda bulan Februari 2022 sebagai tarikh asal ketersediaannya.
Menerusi laman web Unifi Mobile, ayat yang tertera “Subscribe now to enjoy 5G data in February 2022” telah ditukar kepada “Subscribe now to enjoy 5G data soon“.
Unifi pada awal pagi ini juga telah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan pihaknya tidak mampu menyatakan tarikh sebenar pengujian pengguna kerana masih lagi melakukan ujian dalaman secara menyeluruh bagi perkhidmatan 5G yang akan ditawarkannya. Turut dijelaskan, matlamat utamanya adalah bagi menyediakan perkhidmatan 5G terbaik kepada seluruh pelanggan Unifi Mobile.

Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TM berhubung penyediaan perkhidmatan rangkaian 5G:
We have received enquiries on when 5G will be available to our unifi Mobile customers. We would like to thank everyone for their excitement and support as we welcome this new era of unifi Mobile.
Our goal is to provide unifi Mobile customers the best 5G experience we can offer. As such, we are currently doing extensive internal testing on our 5G service. At this point of time, we are unable to provide the actual date for customer trials.
Watch this space for the latest updates on unifi Mobile 5G!
Buat masa ini, hanya Yes sahaja syarikat telekomunikasi yang menawarkan ujian pengguna 5G dengan menawarkan pek SIM 5G secara percuma. Digital Nasional Berhad (DNB) pada ketika ini merupakan satu-satunya penyedia 5G borong di Malaysia dan syarikat telekomunikasi tempatan hanya boleh menawarkan 5G melaluinya.













