Home Teknologi Keselamatan TLDM terima Kelompok Pertama Pesawat Tanpa Pemandu, ScanEagle

TLDM terima Kelompok Pertama Pesawat Tanpa Pemandu, ScanEagle

272
0

Keduataan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur baru-baru ini telah memaklumkan penghantaran enam buah pesawat tanpa pemandu (unmanned aerial vehicle, UAV) ScanEagle telah selamat tiba di Malaysia.

Kesemua UAV ini merupakan kelompok pertama penghantaran untuk Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Didanai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat, UAV ini disediakan di bawah program yang dikenali sebagai Inisiatif Keselamatan Maritim Asia Tenggara. Ianya bertujuan bagi meningkatan kesiapsiagaan domain kelautan di rantau ini.

Dijadualkan pada asalnya tiba pada November tahun lalu, sebanyak 12 unit UAV ScanEagle telah diperuntukkan untuk Malaysia melalui program ini.

UAV yang dihasilkan oleh Insitu, sebuah subsidiari Boeing ini direka khusus bagi tujuan membuat operasi peninjauan. Boleh mencapai paras ketinggian penerbangan sehingga 5,944 meter dan kelajuan meluncur sekitar 60 knot, UAV ScanEagle ini mampu terbang lebih dari 20 jam.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.